Islam itu indah

Islam itu indah

Sabtu, 10 Oktober 2015

KISAH RINGKAS TELAGA ZAM-ZAM (AIR MUKJIZAT) DI LEMBAH MAKKAH.


ZAM-ZAM (AIR MUKJIZAT) DI LEMBAH BAKKAH 



Sewaktu Nabi Ibrahim a.s diarahkan oleh Allah s.w.t ke Lembah Bakkah (Makkah) untuk memindahkan isterinya Hajar bersama anaknya Ismail. Putranya Ismail a.s masih menyusu dengan ibunya, dia masih kecil dan berada diribaan ibunya. Sesampai mereka dilembah (Bakkah) Makkah, Nabi Ibrahim a.s menempatkan mereka di bawah satu pohon kayu yang besar yang tegak di antara pohon-pohon kayu berduri yang jarang-jarang kedapatan di lembah itu, berdekatan dengan Baitullah (Ka'bah) yang ada sekarang ini dan telaga zam-zam yang kita saksikan hari ini, air yang memancar tersebut juga dipanggil air mukjizat.Keadaan lembah Makkah ketika itu masih sunyi dari manusia dan suasana kering kontang iaitu sangat sulit untuk mendapatkan setitik air, tidak ada mata air atau anak sungai yang mengalir di tempat tersebut, bayangkan bagaimana manusia boleh hidup di tempat itu. Sedangkan hidup manusia tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seharian dengan empat unsur iaitu tanah, air, api dan udara. Jika tiada empat unsur tersebut, manusia akan musnah dengan izin Allah s.w.t.

Setelah beberapa hari Nabi Ibrahim  a.s berada di tempat tersebut, Nabi yang mulia itu berhasrat untuk kembali semula ke Palestin (Syam), hasratnya itu tidak diketahui oleh Hajar, kedatangannya itu semata-mata untuk menurut arahan dari Allah s.w.t




Sebelum Nabi Ibrahim a.s meninggalkan lembah tandus itu, Nabi Ibarahim a.s. membawa bekal untuk ditinggalkan bersama Hajar isteri dan anaknya Ismail yang disayangi. Sedang Ismail masih kecil belum tahu dimana ia berada. Bekas tersebut satu sumpit tamar (kurma) satu qirabah berisi air (bekas air yang dibuat dari kulit domba) yang dijahit dengan benang kulit. Bekas ini cantik, kukuh dan kemas yang telah disamak. Maka waktu Nabi Ibrahim a.s kembali semula ke Palestin sudah sampai masanya, tanpa berkata apa-apa tidak juga ditunjukkan kesedihannya.

Maka tanpa berlengah-lengah lagi ia dengan kenderaannya mengarahkan haluannya sedikit demi sedikit ditinggalkan lembah sunyi itu, dengan meninggalkan anak isterinya, apakan daya semunya itu atas perintah Yang Maha Kuasa Allah s.w.t, sebagai seorang Rasul ia akur segala-galanya. Hajar melihat keberangkatan Nabi yang mulia dengan rasa terkejut, ia segera mengikuti dari belakang dengan suara yang tersekat-sekat sedih dan sayu. Pertanyaan Hajar...wahai! ...Ibrahim kemana tuan berangkat meninggalkan kami di lembah sunyi  ini...tidak seorang manusia pun dalamnya, namun panggilan Hajar itu sia-sia belaka dan tidak dijawab oleh Nabi yang mulia itu.

 Nabi Ibrahim terus menggerakkan kendraannya tanpa berkata apa-apa pun. Hajar bertanya lagi.dengan suara yang agak meninggi... adakah Allah menyuruh tuan berbuat demikian? dengan suara yang agak sayup kedengaran, Nabi Ibrahim menjawabnya Ya!...sebenarnya begitulah...semua yang saya lakukan ini adalah arahan dari Allah s.w.t  Dalam Al Qur'an firman Allah yang bermaksud :


" Ya Tuhan kami sesungguhnya Aku menempatkan sebahagian keturunanku (anak-anak cucuku) di lembah yang tiada mempunyai tumbuh-tumbuhan di sisi Rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya...Tuhan kami, supaya mereka mendirikan solat, maka jadikan oleh Mu akan segala hati manusia kasih sayang kepada mereka itu dan beri rezeki oleh Mu akan mereka itu buah-buahan supaya mereka itu syukur."

                                                         (Q.S. Ibrahim : 37)


Hajar yang pada mulanya sangat terkejut, tapi hatinya tetap tabah dan terus menghampiri putranya Ismail. Di tempat itulah dia mendiamkan diri dan berlindung di tempat yang sepi dengan rasa cemas, tetapi tetap tabah di bawah naungan Ilahi, hidup dengan bekalan yang ditinggalkan yang hanya boleh menampung untuk meneruskan hidup ini dalam masa hanya untuk beberapa lama sahaja. Keadaan sudah pun berlalu dari hari demi hari dan minggu. Bekalan hampir habis, ingin mengandu tidak seorang yang ada di tempat ini, hanya dipanjatkan doa yang dapat di lakukan kepada Ilahi. Suratan taqdir dari Ilahi setelah berhari-hari berlalu, Hajar dan anaknya Ismail berada di sini, bekalan yang ia punyai sudah tidak ada lagi.

Ismail anak yang sangat disayangi dan sebagai buah hati ibu yang amat mengasihinya, sudah tidak dapat menyusunya lagi, kerana terputus sumber makanannya, sedangkan keadaan Ismail tersangat lapar dan dahaga, anak yang kecil itu tidak berhenti-henti menghempas dan menggulingkan dirinya, kakinya tak berhenti bergerak, kerana keadaan yang sangat lapar dan dahaga, seolah-olah tidak dapat digambarkan lagi dan kasihan melihatnya, ibunya Hajar tak tahu apa yang hendak di tuturkan lagi.Sebagai seorang ibu yang mempunyai sifat halus dan budi pengasih, kasihan melihat keadaan anaknya yang sedemikian, maka kepada siapa gerangan yang hendak diadukannya untuk meminta pertolongan selain dari cucuran rahmat dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. 


Hajar terpaksa meninggalkan anak dari pelukannya buat semantara, untuk melihat ke bukit Shafa dan Maruah dengan harapan kalau-kalau terlihat rombongan musafir yang lalu disitu, setidak-tidaknya dapat juga memperolehi seteguk air dari mereka. Hajar terus menuju ke bukit Shafa, kawasan yang tinggi yang berdekatan dengan tempat mereka tinggal, disanalah Hajar memandang ke lembah Makkah, kalau-kalau ada manusia dapat menghulurkan pertolongan. Tetapi hancurnya harapan tidak seorang manusia pun kelihatan. Hajar segera menuruni bukit Shafa menuju bukit yang satu lagi iaitu bukit Marwah dengan termengeh-mengeh, ditarik tepi kainnya berlari di atas perut kedua-dua lembah itu berulang kali sampai tujuh kali antara bukit Shofa dan Marwah.

 Sejurus kemudian seakan-akan terdengar ditelinganya suara ghaib, suara yang semacam memenuhi harapannya.Maka berkali-kali menadah telinganya, kalau-kalaulah suara tesebut berulang lagi, kebetulan suara tersebut sekali lagi sayup jauh kedengaran ditelinganya, Hajar membisikkan dalam dirinya, sesungguhnya ya Allah berilah pertolongan kepada ku jika ada pertolongan mu. Maka dengan keadaan yang hampa ia terus meluru kepada putranya Ismail yang ditinggalkan bersendirian, yang sememangnya dalam keadaan lapar dan dahaga.Maka secara kebetulan semuanya ini, Allah Yang Maha Perancang segala-segalanya semuanya yang berlaku itu adalah kehendakNya. Sebenarnya Malaikat Jibril telah berada disamping Ismail, ditempat mereka ditinggalkan oleh Nabi Ibrahin a.s iaitu tepi telaga zam-zam yang ada sekarang ini.

Jibril mengorek-ngorek dengan tumitnya ke bumi, setengah riwayat hadis, Malaikt Jibril mengorek dengan sayapnya. Maka terbitlah mata air di tempat tersebut.Apabila Hajar melihat kejadian yang sangat ajaib itu, Hajar menadah tangan bersyukur kepada Tuhan, ia bergegas membendung disekeliling mata air tersebut dan menyebut perkataan " Zammi-Zammi (bendung-bendung) yang kemudian tempat tersebut dipanggil zam-zam iaitu di tempat terpancar mata air zam-zam. Hajar segera menampan air mu'jizat tersebut, takut kalau-kalau air tersebut mengalir ketempat lain dan akan meresap kedalam padang pasir yang tandus itu.


Tempat tersebut dijadikan telaga atau sumur yang dipanggil telaga zam-zam, ia dikenali juga air mu'jizat. Hajar dan Ismail dapat menggunakan air tersebut untuk meneruskan hidupnya. Maka dengan terdapatnya mata air tersebut, Hajar dan anaknya Ismail menjadikan hidup ini kembali kepada keadaan sedia kala, Hajar pun dapat menyusukan putranya Ismail, maka dikala itulah malaikat Jibril berkata : 


" Jangan kamu takut akan hidup kamu ini terbiar dan disia-siakan, kamu lihat di sana "Baitullah" (Ka'bah) akan didirikan oleh anak ini bersama dengan ayahndanya Ibrahim, demi Tuhan tidak akan kesempitan penghuni di tempat ini. Rumah Allah (Baitullah) itu berada disebahagian tempat tinggi diliputi batu-batu kecil bersegi yang warnanya kemerahan, kiri kanannya tempat laluan air banjir di waktu hujan lebat."

                                                                    (HR. Bukhari).



Hajar adalah seorang ibu yang sangat penyabar berjuang untuk menyelamatkan anaknya dari kehausan di daerah yang sangat tandus ini. Maka segala-galanya itu di bawah pengawasan Allah. Namun perjuangan dan pengorbanannya terhadap putranya merupakan sesuatu yang lumrah kepada seorang ibu seperti Hajar. Dia menunjukkan apa arti ketabahan seorang ibu di lembah gersang dan sunyi ini, tiada manusia, tiada sumber rezeki, air dan tumbuh-tumbuhan untuk di minum dan dimakan, pengorbanan dan jihad inilah yang setiasa diperingati oleh orang-orang yang mengerjakan ibadah Haji iaitu Sa'ie di antara Shafa dan Mar'wah. Tidak berapa jauh dari situ terdapat telaga zam-zam yang mempunyai kewaliti air kelas satu dunia. Maka inilah yang dipanggil jihad dan pergorbanan seorang ibu yang bersifat keibuan, dan segala perjuangan, pengorbanan yang dilakukan ini sebagai suatu ibadah, juga sebagai ibadah pula kepada umat Islam yang menjejak sejarah ini dengan melakukan apa yang dipanggil ibadah Sa'ie, yang begitu besar artinya pengorbanan seorang ibu.

Oleh itu perjuangan ini amat jelas kepada kita, dan mejadi suri teladan kepada ibu-ibu muslimah, yang ingin menuntut sesuatu yang bersifat keselesaan dan kemewahan itu, ia bukanlah sesuatu yang mudah, kerana mendapat sesuatu yang mudah itu, mungkin akan mengundang kurangnya barakah dan ganjaran dari Allah, justeru kepayahan dan kesukaran itu membuat apa yang kita lakukan melempah ruah ganjaran yang dianugerahkan Allah.

Kemudian pada suatu hari, seiringan kafilah (rombongan) orang-orang Jurhum iaitu salah satu qabilah yang terdapat di Yaman yang pergi dan balik membawa muatan dagangan dari Yaman ke Syam (Surya) melalui di hilir Makkah dan berhenti ditempat tersebut. Sambil berihat, ketika itu rombongan mereka melihat burung-burung berterbangan keliling di udara, kemudian singgah merayap dan meniti-niti dipinggiran kaki bukit naik turun bagaikan mendapatkan minuman di tempat tampungan air.

Pedagang-pedagang ini sebagai musafir yang sangat berpengelaman di padang pasir yang seolah-olah tiada hujung ini. Mereka mempunyai firasat atau petanda baik dari burung-burung tersebut, bahawa burung-burung tersebut sedang mendapatkan sumber air di tempat itu. Mereka berbicara sesama mereka kalau-kalau terdapat sumber air di lembah ini. Mereka menyuruh seseorang untuk melihat-lihat tempat tersebut. Setelah menjelajah di persekitaran, mereka telah menjumpai mata air yang sangat jernih dan nyaman iaitu mata air zam-zam dan terdapat seorang wanita dengan seorang anak yang berhampiran dengan pancuran airdilembah tersebut.

 Mereka balik ke rombongan dan menceritakan hal tersebut, kerana mereka faham bagaimana besarnya kenikmatan air di tengah-tengan padang pasir yang geresang ini, selama berbulan-bulan mereka melalui di tempat ini tidak pernah menemukan setitik air pun. Kemudian rombongan itu bertolak ketempat mata air tersebut. Sesampainya ke tempat itu, beberapa orang dari rombongan pergi berjumpa dengan Hajar wanita yang bersemangat kental, wanita yang berada berdekatan dengan mata air zam-zam itu. Mereka dengan hormat meminta izin sekiranya boleh mendapatkan air tersebut, jika diizinkan mereka menawarkan air susu perahan unta sebagai pertukaran. Apabila Hajar mendengar tawaran seperti itu, Hajar sangat gembira dan menerima tawaran mereka. Hajar juga amat bahagia jika ada di antara rombongan (kafilah) ini dapat tinggal menetap di tempat ini. Hajar mengizinkan mereka mengambil air, tetapi dengan syarat air itu boleh di ambil sebanyak mana yang dikehendaki, tetapi tidak boleh memilikinya, mungkin maksudnya biarlah air zam-zam itu untuk mamfaat umum buat selama-lemanya untuk kegunaan penghuni

Maka rombongan orang jurhum itu sangat gembira dan menerima tawaran Hajar untuk menetap di daerah tandus ini yang baru dianugerah Allah sumber yang sangat berharga kepada manusia, maka dengan terdapatnya sumber air disini, mereka telah melihat jauh kedepan, bahawa lembah tandus ini berpotensi manjdi lembah makmur di masa akan datang. Sejak itu kafilah (rombongan) ini memutuskan untuk menetap di sini buat pertama kalinya.

Sejak bermula terbitnya air zam-zam. Maka banyaklah rombongan berdatangan ke lembah ini, sedikit demi sedikit lembah Makkah yang tandus ini menjadi lembah makmur. Bila mana Nabi Ibrahim a.s datang semula meletakkan asas pembinaan Ka'abah. Seterusnya makin sehari makin ramai rombongan yang berdatangan ke tempat ini, lanjutan dari itu terbentuklah suatu kerajaan kecil di zaman Qushai bin Kilab dengan Balai Rungseri yang dipanggil "Darun Nadwah" dan rumah-rumah qabilah Quraisy yang berdiri berdekatan dengan Baitullah.


ISMAIL SEMASA KECIL SAMPAI DEWASA.


Ismail sejak kecil sampai umur dewasa sentiasa bergaul dengan bangsa Jurhum yang menetap di lembah Makkah. Dia banyak belajar dengan bangsa tersebut, beliu mahir menunggang kuda, memanah, berburu dan sebagainya. Beliau sangat fasih berbahasa Arab juga mewarisi keberanian yang luar bisa, kerana dididik oleh lingkungan yang keras dengan semangat kental yang diwarisi dari ayahndanya Nabi Ibrahim a.s. Ismail juga mempunyai sifat, rendah hati, penyayang yang diwarisi dari sifat ibunya. Ismail sangat patuh kepada ibunya, kerana beliau dididik oleh ibunya dengan sifat jujur dan pemurah, bagi mereka yang sentiasa berteman dengannya sangat sayang dan hormat kepadanya.

Semasa alam kanak-kanak, Ismail telah diberi bimbingan dengan tunjuk ajar ibunya untuk bersedia menghadapi masa remajanya dan sterusnya masa dewasnya. Ibunya merasakan sudah sampai masanya Ismail mempunyai teman hidup untuk lebih memberi ketenangan dan kedamaian dalam hidup ini dan mendapatkan kasih sayang melalui teman hidup yang sejati dalam kehidupan ini. Ismail memilih seorang gadis yang berbangsa Jurhum yang sememangnya sudah lama tiggal di lembah tandus tersebut.

Setelah Ismail mendirikan rumah tangga, maka ia hidup dengan isteri yang disayangi serta ibu yang sangat dikasihinya. Maka ibu yang sangat disayangi dan dihormatinya, ia tidak pernah membayangkan, bahawa pada suatu waktu nanti ia akan berpisah jua dengan ibu yang tersayang. Memang benar tidak lama selepas itu, suratan takdir yang tidak seorang pun dapat meneka dan menjangka, ibu tersayang dipanggil oleh Allah s.w.t kembali kerahmatullah. Maka tinggallah Ismail bersama isterinya menjalani hidup di lembah Bakkah tersebut. Ismail tidak tahu di mana ayahndanya berada dan tidak mnegenalinya, kerana semasa ditinggalkan di Lembah tandus dahulu itu, ia masih kecil, tidak dapat membayangkan rupa paras ayahndanya, cuma apa yang diceritakan oleh bondanya semasa ia masih hidup.

Satu hari, Nabi Ibrahim a.s, berhasrat untuk kembali semula ke lembah tandus yang ditinggalkannya dahulu untuk menziarahi anak dan isterinya. Pada suatu hari dia bersiap-siap untuk meninggalkan negeri Palestin dan datang semula ke lembah tandus tersebut.Dia memulakan perjalanan dengan kenderaan khusus yang disediakannya bersama beberapa orang yang menemainya, maka setelah beberapa hari berjalan, sampailah Nabi yang mulia, ke tanah yang tandus yang pernah dilihatnya pada suatu masa dahulu, tetapi Nabi Ibrahim a.s melihat dikiri kanan perjalanan sudah jauh berbeza dengan keadaan dahulu. Dahulu tidak ada penghuni, tetapi sudah banyak orang-orang yang menetap disini.

Nabi Ibrahim a.s pernah suatu waktu mendoakan tanah yang geresang ini menjadi lembah makmur, maka ternyata Allah s.w.t memakbulkan doanya, untuk kemakmuran disini, pertama-tama disebabkan sumber air yang sangat terkenal yang mengalir tidak pernah putus-putus, selain dari itu ia menjadi temapt persingahan pedagang. Tempat ini terkenal sejak dahulu lagi, iaitu sebelum ditemui sumber air zam-zam itu lagi. Tempat yang sering pedagang dari Yaman untuk menghala ke Syam atau Syeria, kawasan tersebut dikenali di hilir Makkan atau Makkah hilir. Oleh kerana disini terdapat sumber air zam-zam dan mereka perlukan sangat air untuk meneruskan perjalanan pergi atau balik sehingga sampai ketujuan, maka tempat ini menjadi daerah baru bagi kafilah-kafilah ini untuk menjadikan perkampongan mereka.

Setelah Ibrahim sampai di kediaman Ismail, kebetulan Ismail tidak ada di khemah kediamannya, yang tinggal hanyalah isteri Ismail. Isterinya tidak mengenali, siapa orang tua yang sopan dan santun tersebut. Ibrahim bertanya tentang Ismail, tanpa memperkenalkan dirinya sebagai ayanhnda kepada Ismail, lantas isterinya mengatakan, Ismail sedang berpergian untuk memburu keluar dari lembah Makkah, Nabi Ibrahim ingin tahu tentang bonda kepada Ismail, lantas diberitahu oleh isterinya, bahawa bondanya sudah kembali kerahmatullah belum beberapa lama.

Di waktu Nabi Ibrahim a.s berada di kediaman Ismail. Isterinya memperlihat sikap yang kurang sopan atau hormat kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai tamu dirumah anaknya, tidak dijamu sebagaimana biasanya sebagai orang Arab yang secara tradisinya sangat menghormati tamu-tamu yang datang ke rumah, sebagaimana berlaku kepada tamu-tamu yang lain, walaupun dengan sedikit air untuk menghilangkan dahaga.

Dalam pertemuan tersebut, isterinya menceritakan tentang kehidupan mereka, yang selalu sahaja dalam kesusahan, sehingga saat ini tidak menikmati sebagai mana sepatutnya. Apabila Nabi Ibrahim mendengar semuanya ini. Dia memahaminya, dan menilai sejauh mana tinggi rendah budi pekerti isteri Ismail tersebut. Maka tanpa berbicara panjang, Nabi Ibrahim a.s minta diri untuk pergi dari rumah anaknya, Baginda mengatakan, tolong beri tahu Ismail akan kedatangan tamunya orang tua yang mempunyai perawakan begini dan sampaikan salamku kepadanya, dengan berkata lebih kurang begini, tolong beritahu kedatangan orang tua yang berjanggut lebat dan beritahu juga kepadanya agar ditukar bendul pintu rumahnya.

Sekembalinya Ismail dari tempat perburuannya, maka diceritakan oleh isterinya tentang kedatangan orang tua tersebut dan diceritakan apa yang disuruh oleh tetamunya itu. Setelah mendengar pesan orang tua tersebut, Ismail amat faham tentang pesanan tersebut dan tahu bahawa yang datang itu ialah ayahndanya. Kata-kata dan pesan tersebut mengandungi arti yang sangat mendalam, iaitu menyuruh Ismail menceraikan Isterinya itu dan berkahwin lain.

Setelah menceritakan hal tersebut Ismail tidak berfikir panjang, kerana ini merupakan pesanan ayahndanya, Ismail menyuruh isterinya untuk bersiap-siap, kembali kerumah orang tuanya. Ismail mengatakan kepada isterinya, engkaulah bendul pintu rumah ku, aku akan mengembalikan kamu ke rumah orang tua mu, isterinya terlalu terkejut, dimana kesilapan dia selama ini. Ismail seorang anak yang dididik oleh ibunya selalu patuh kepada orang tuanya, dia tidak merasa ragu lagi, bahawa sindiran ayahndanya, sangat berat baginya untuk menerimanya, tetapi ia amat faham, mesti ada sesuatu yang tidak kena yang berlaku semasa ia tidak berada dirumah waktu itu. Sebab adat orang Arab sangat menghormati tetamu yang datang bertamu ke rumah. Sangat aib baginya kalau tidak menghormati tetamu yang datang bertamu kerumahnya, lebih-labih lagi yang datang itu adalah orang tuanya. Ismail telah menceraikan isterinya dan kembali ke rumah orang tuanya.

Selang tidak berapa lama selepas itu Ismail berkahwin lagi dengan gadis pilihannya juga berbangsa Jurhum, kepada isteri yang dikahwini buat kali kedua ini, pada pemikiran Ismail tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya dan terhaadp ayahndanya sebagaimana yang dilakukan oleh mantan isterinya pertama. Kemudian tidak beberapa bulan selepas itu. Nabi Ibrahim a.s berhasrat untuk berkunjung semula ke rumah anaknya di lembah tandus Bakkah, Nabi Yang Mulia itu bersiap-siap untuk berangakat ke Makkah untuk menziarahi anaknya Ismail. Maka Nabi Ibrahim berangkat dari Palestin menuju lembah Makkah, selang tidak beberapa lama dalam perjalanan Nabi Ibrahim sampai ke hiliran Bakkah, Ia meneruskan perjalanan dan sampailah ke khemah tempat kediaman Ismail. Ibrahim melihat suasana di tempat itu seperti dahulu juga, sejurus sampai ke khemah (rumah) anaknya, Nabi Ibrahim memberi salam, lantas muncul didepannya seorang perempuan yang bukan lagi isteri Ismail yang dahulu.


Nabi Ibrahim bertanya tentang anaknya Ismail. Maka dijawab oleh isterinya dengan hormat, Ismail sedang berpergian untuk memburu binatang dan mungkin sebentar lagi ia akan balik, insya'allah!...isteri Ismail amat memuliakan tetamunya, mempersilakan duduk dan kemudian disediakan air minuman dan makanan yang seadanya dirumah Ismail. Nabi Ibrahim bertanya....kepada isteri Ismail....apa makanan dan minuman kamu disini?...jawab isteri Ismail.....daging dan air ...Nabi Ibrahim amat menyenangi menantunya yang bercakap dengan sopan dan santun. Lantas ia berdoa kepada Allah s.w.t dengan berkata:

"Baarakallahu Fil Lahmi Wal Maaie" semoga Allah memberkati pada makanan daging dan air yang kamu minum.

Setelah menunggu beberapa lama, Ismail tidak juga muncul, maka Nabi Ibrahim meminta izin kepada menantunya untuk beredar dari tempat tersebut. Tetapi Nabi Ibrahin a.s. tidak juga menceritakan siapa dirinya. Sebelum Ia berangkat, Nabi Ibrahim berpesan kepada isteri Ismail, sampaikan salam ku kepada Ismail. Ceritakan kedatangan ku ini....dan jangan lupa mengatakan, telah ku dapati bendul rumahnya dalam keadaan bagus dan sudah sebaiknya jangan ditukarkan yang lain.

Maka tidak beberapa lama selepas Nabi Ibrahim berangkat pulang, Ismail kembali dari tempat pemburuannya, sesampai ia di rumahnya dan bertanya kepada isterinya, kalau-kalau ada sesiapa yang datang hari ini. Lantas isterinya mengatakan, memang ada yang datang tadi, iaitu seorang tua yang sangat sopan, berjangut dan jambang, tetapi sudah puas ia menunggu, kemudian ia minta izin untuk beredar dari sini, ia menyampaikan salam untuk mu dan ada pesan darinya dan diberitahu tentang pesan ayanhndanya tersebut. Ismail faham tentang pesan tersebut dan yang datang itu ialah ayahndanya.

Kemudian Ismail mengatakan kepada isterinya, bahawa yang datang itu ialah ayah ku, pesan ayah ku itu, bahawa ia menerima kamu menjadi isteri ku. Kuasa pemerintahan waktu itu di lembah Makkah di bawah pentadbiran Ismail, selang beberapa tahun kemudian, Ismail dianugrahkan oleh Allah s.w.t dua orang anak yang bernama Nabit dan Kidar. kedua-dua anaknya ini, yang menjadi pewaris pemerintahan lembah Bakkah (Makkah) selepas Ismail.


KEUTAMAAN AIR ZAM-ZAM

Sejak zaman berzaman, air zam-zam merupakan, yang sangat dinantikan, dari mereka yang pergi menunaikan fardu haji setelah kembali ke tanah air, mereka menunggunya untuk merasakan air tersebut sebagai minuman yang istimewa, walau pun hanya segelas kecil, ia merupakan suatu kemuliaan dan kepuasan. Tetapi terhadap mereka yang menunaikan fardu haji, boleh meminumnya dengan sepuas-puas. Air tersebut merupakan air yang di sajikan untuk berbuka puasa di bulan ramadhan dengan beberba biji tamar yang sudah matang di Masjidil Haram, semua jama'ah yang datang untuk berbuka puasa di masjid tersebut, disajikan dengan air zam-zam dan buah tamar (kurma), tidak ada makanan lain selain dari buah tamar yang matang. Bagi mereaka yang mengerjakan umrah pada bulah puasa atau musim mengerjakan fardhu haji, maka ia boleh menikmati sepuas-puasnya.

Dikalangan orang yang mengerjakan haji atau umrah menceritakan, apabila meminum air zam-zam tersebut, iaitu setelah berkali-kali meminumnya, maka sesuatu yang sangat ajaib, tidak akan menukar minumannya selain dari air zam-zam, memang benar penulis telah mengalaminya semasa mengerjakan fardhu haji beberapa tahun yang lalu, tiap-tiap kali ke masjidil Haram, mesti menganbil air tersebut untuk dibawa balik ke hotel, begitu juga dengan kawan-kawan sepenginapan, mereka pun sama, semacam ada suatu kuasa tarikan dan apabila mersa dahaga pasti tidak akan memilih air yang lain selain dari air zam-zam. Air tersebut, apabila diminum kita dapat merasakan kelapangan dada dan mencerahkan minda kita, ia merupakan suatu kepusan yang tidak ada tandingnya.


Air zam-zam pernah dibuat kajian oleh orang-orang Barat, air ini didapati mempunyai kewaliti yang sangat tinggi berbanding dengan kebanyakan air yang terdapat di muka bumi ini. Bayangkan, jika kita meminum air meneral yang betul-betul asli, maka kita juga merasakan kepuasanya yang sangat jauh perbezaan dengan air sungai biasa. Maka faktor itu jugalah air zam-zam ini dipanggil air mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Ismail a.s.


Ibnu Abbas r.a berkata, Nabi Muhamad s.a.w bersabda maksudnya :

" Ketika Nabi s.a.w di Israk dan di Mikrajkan, dadaNya dibedah oleh Malaikat Jibril a.s. Kemudian mencucinya dengan menggunakan air zam-zam."

                         ( Hr. Bukhari dan Muslim)


Dari Jabir, bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Air zam-zam itu digunakan berdasarkan niat dari yang meminumnya."

                   (HR. Ahmad dan Bayhaqi)



Berkata Ibnu Qaiyim dalam kitabnya " Zadul Ma'ad :- Air zam-zam ialah sebaik-baik air dan semulia-mulia air.Air zam-zam adalah air galian malaikat Jibril, dan ia adalah minuman pertama dari Nabi Ismail a.s. Ibnu Abbas r.a. Beliau apabila meminum air zam-zam ia berdoa, terjemahannya; Ya! Allah aku mohon kepada mu ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang luas dan sembuhkanlah segala penyakit!.Maka manfa'at air zam-zam tidak ada yang mempertikaikannya, ia terbukti sejak pertama digali oleh malaikat Jibril a.s. kemudian waktu akhir-akhir ini dibuktikan oleh ahli kimia, ia mengandungi unsur-unsur yang diperlukan dalam bidang perubatan Islam. Banyak dikalangan dokter-dokter Islam mengatakan, air zam-zam bleh merawat buah pinggang, menghilangkan rasa penat, sakit-sakit sendi dan lain-lain sebagainya. Penduduk Makkah memang setiap masa untuk datang ke telaga zam-zam untuk menadpatkan air tersebut bagi tujuan minuman atau menjadikannya penawar penyakit dengan izin Allah dan lain-lain sebagainya.

Nabi  s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Perbezaan antara orang muslim dan munafiq hanya mereka (orang munafiq) tidak mahu meminum air zam-zam dengan kenyang atau sepuas-puasnya."

                          (HR:Ibnu Majah, Darul Qutni dan Hakim)


Air zam-zam itu air mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Ismail a.s. setiap namanya mukjizat, sudah pasti mempunyai keajaiban yang dikurniakan oleh Allah s.w.t, setiap mereka yang meminumnya dengan ikhlas kerana Allah dan pertolongannya, insya'allah Allah s.w.t akan memperkenankannya. Maka hendaklah diniat dengan ikhlas. Sebagai hamba Allah, maka apabila meminumnya perlu berniat mohon kepada Allah s.w.t melimpahkan kurniaNya, kebaikan, keluasan dunia dan akhirat.


Oleh itu sesiapa sahaja yang meminum air zam-zam, jika inginkan kebaikan yang banyak ia perlulah berniat sebagai mana dinyatakan dalam Hadis tersebut di atas, dan membaca ayat-ayat al Qur'an surah Al Fatihah atau mana-mana ayat yang ia hafal, kemudian berniat, aku minum air zam-zam ini semoga Allah meanugerahkan kepada ku kesihatan atau ilmu yang banyak atau anak yang soleh/solehah atau kejayaan dalam kerjaya ku atau kebaikan dan kemanfaatan untuk keluarga ku. Maka Allah s.w.t akan memakbulkan berdasarkan kepada niat kita insya'allah.


Kesimpulan.


Dalam Al Qur'an  dapat kita ambil dari kisah pegerobanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail merupa pengorbanan agong. Bagaimana Allah menguji Nabi yang mulia itu untuk mengorbankan anaknya yang amat dikasihi. Ujian itu dilakukan Nabi Ibrahim dengan  penuh ketaatan dan keimanan dilakukan dengan patuh dan penuh kerelaan yang berlaku diantara anak dan bapak. Akhirnya ujian Allah itu, Allah gantikan pengorbanan tersebut dengan seekor kibas. Ia merupaka suri teladan yang amat agong dan menjadikan Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. Kisah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s.di atas yang juga amat menarik, pengorbanan seorang Ibu yang pada peringkat awalnya berdepan dengan masalah tekanan hidup dalam susana kehidupan di padang pasir yang amat keras dan mencabar dalam membesarkan anak yang amat disayangi dilembah sunyi tanpa manusia lain. Namun semuanya ini telah dita'dirkan oleh Allah, bahawa begitu agong dan mulianya seorang ibu yang juga berjaya melalui ujian Allah yang sangat getir itu, Allah juga menganugerah sumber air yang menjadi ibu segala sumber air yang terdapat di atas muka bumi ini yang sangat terkenal itu.... air Zam-Zam.




                                   SEMOGA BERMANFAAT ADANYA.







ACIS UiTM 
SHAH ALAM.