Islam itu indah

Islam itu indah

Rabu, 11 Jun 2014

JUMPA DAN JUPA LAGI DENGAN RAMADHAN.






Ramadhan, selamat datang bulan barakah yang penuh kemuliaan. 11 bulan berlalu, kini kita didatangi lagi oleh bulan yang amat kita tunggu, bulan yang sarat dengan keberkatan, kehadirannya membawa keberkatan yang melimpah ruah. Betapa bulan ini dibuka dengan luas pintu surga. Ia ibarat kunci peti wasiat yang akan diserahkan kepada seseorang, yang nantinya kunci tersebut digunakan untuk  membuka segala kurnia Ilahi di akhirat kelak. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :



" Sesungguhnya telah menjelang bulan yang penuh keberkatan, dimana telah difardhukan ke atas kamu berpuasa. Dibukakan pada bulan itu semua pintu surga dan dikuncikan padanya semua pintu neraka dan dibelenggu pada bulan itu segala syaitan. Dalam bulan itu ada satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Barang siapa yang terhalang dari kebaikannya, maka sesungguhnya ia tidak akan dapat kebagian".
                         
                            (HR Ahmad, Nasaiy dan Baihaqy dari Abu Hurairah)


Ungkapan terkuncinya pintu neraka selama bulan Ramadhan dan terbelenggunya semua syaitan pada bulan tersebut. Pada hakikatnya apabila seorang Islam melaksanakan puasa itu menurut prosidur yang telah ditetapkan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah semata-mata, insya'allah pintu neraka akan tertutup baginya dan syaitan tidak berdaya untuk menghadapinya.

Syaitan tidak berdaya dan tak berkutik apabila puasa itu dilakukan sungguh-sungguh untuk melawan hawa nafsu dan syaitan dan mestinya selalu ada dihati kita semua, bahawa syaitan itu adalah musuh kita, sesuai dengan beberapa intisari peringatan Allah SWT dalam Al Qur'an diantaranya yang bermaksud :


" Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh, maka anggaplah ia menjadi musuh kamu, sesungguhnya usahanya tidak lain hanyalah mengajak pengikut-pengikutnya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala".

                                                                         (QS Faathir  : 6)                     


Puasa Ibarat Arena Instrospek Diri.


Di antara sekian banyak ibadah yang dilakukan oleh umat Islam, seperti sholat, zakat dan haji, maka puasa Ramadhan terkhusus satu-satunya ibadah yang amat luas ruang lingkup waktunya secara berterusan, iaitu cuma sekali dalam setahun untuk memperolehi darjah ketaqwaan yang tinggi dari Allah SWT, mungkin teramat payah untuk melakukannya, kerana terpaksa melawan nafsu yang bergejolak bersama dengan tuntutan perut kosong yang perlu diisi menurut kebisaannya, pagi, tengah hari dan petang, selama 29 atau 30 hari dalam ketentuan bulan Islam, memang teramat berat melakukannya, namun ia satu latihan kesabaran, kesabaran itu sebagaimana dijelaskan oleh Al Qur'an, yang bermaksud :


" Hanya senya disempurnakan kepada orang yang bersabar, pahala mereka tanpa hisab (tidak terkira banyaknya)". 

                                                   (QS Az Zumar :10)

Puasa itu 1/2 sabar. Pahalanya melampaui batas perkiraan yang dihitung, maka itulah keutamaan puasa. Jika ibadah sholat fardhu setiap hari dan malamnya, tapi setiap solat amat singkat waktunya dalam beberapa minit kita munajad kepada Allah SWT, setelah selesai mengerjakan dan keluar, tidak beberapa jam lagi kita akan masuk semula  5 kali dalam masa 24 jam untuk memelihara hubungan dengan Allah bagi menzahirkan hajat kita kepada Allah SWT. Demikian juga ibadah haji yang termasuk juga berat, yang difardhukan setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup kita, jangka waktunya pun tidak lama, begitu juga ibadah zakat iaitu jangka masa mengeluarkannya ialah apabila nisab dan haulnya telah sampai.

Ibadah puasa yang diartikan menahan makan dan minum serta menahan nafsu seks dan dosa akibat mulut, mata dan telinga, waktunya sepanjang hari dari tebit fajar sadiq sampai matahari tenggelam, begitu lama waktu menahan diri (imsak) setiap siang hari, dalam jangka waktu sebulan, tidak kurang dari 13 jam sehari selama 1 bulan lamanya. Maka ibadah yang demikian, sebagai seorang muslim menahan diri ini dengan penuh keimanan dan ke ikhlasan kerana Allah semata-mata, maka betapa kuatnya pribadi muslim yang melaksanakannya, maka wajarlah sebagaimana disebdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :


" Barang siapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala Allah, nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu".

(HR Ahmad dan Ashabus Sunan dari Abu Hurairah).


Dalam satu hadis Qudsi, firman Allah yang bermaksud :



" Kecuali Ibadah puasa Ramadhan, maka ibadah itu khusus bagi Ku dan aku sendiri yang akan membalasnya ".

                    (HQ Riwayat Bukhari) 



Perhatian Allah SWT terhadap puasa Ramadhan sedemikian tinggi terhadap seorang muslim yang dengan rela hati meninggalkan makan dan minum, menahan diri mengauli isteri, menehan dari berkata, melihat dan mendengar  perkara-perkara buruk selama 13 jam atau lebih disiang hari selama 1 bulan berturut-turut.


Satu malam lebih baik dari 1,000 bulan.

Cuma dibulan Ramadhan saja terdapat anugerah Allah yang tidak terkira tingginya iaitu satu malam menyamai  1,000 bulan, maka kerugian besar bagi seorang muslim yang tidak cuba mendapatkan janji-janji Allah SWT itu yang dipanggil malam Lailatul Qadar apabila seorang muslim beramal dan ibadah dengan mengisi doa-doa, berarti ia telah mendapat anugerah yang amat besar ganjarannya selama 1,000 bulan sama dengan kebaikan yang dikerjakan selama 83 tahun 3 bulan jika ia hidup dalam usia tersebut, kemudian jika dibandingkan dengan usia manusia sangat jarang mencapai umur yang sedemikian. Subhanallah Maha Pemurah Allah terhadap hamba-hambanya yang taat kepadaNya.

Patutlah Ramadhan yang dinantikan itu penuh dengan barakah, kerana akan mendapatkan anugerah dari Allah SWT yang begitu banyak, tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Sebab itulah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :

" Sekiranya manusia mnegetahui kebajikan-kebajikan yang dikandung dibulan Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya berlaku sepanjang tahun".

                                                                                     (HR Ibnu Abid Dun-ya)


Seorang muslim akan berada dipuncak kegembiraan menyambut setiap kali Ramdhah tiba, kerana ia akan mendapat anugerah Allah keberkahan yang  hebat, habuan besar menantinya iaitu sebulan penuh untuk dapat mengumpul hasanat (kebaikan) bagi dirinya serta menghapuskan saiyi'at (dosa yang dilakukan) setahun telah berlalu. Seorang muslim bertaqwa tidak akan merasa cemas dan takut kedatangan Ramadhan, sebab dalam hati kita selalu menantikan dengan penuh ketaqwaan dan keimanan untuk mengucapkan secara diam-diam selamat datang wahai Ramadhan dan sudah pun siap sedia  dengan mental fizikal dan spiritual untuk melakukan amal ibadah penuh dibulan tersebut, dari ibadah sholat fardhu dan sunat Tarawikh, disamping puasa dijalaninya disiang hari dan menghadiri majlis ilmu setelah sholat subuh dan menjelang berbuka puasa,  berbuka puasa bersama keluarga juga dimasjid-masjid atau tempat tertentu, menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarganya dan untuk jiran tetangganya jika mampu mengikut alas kadarnya, bersedekah wang ringgit kepada yang kurang mampu. Maka tidak kurang pula yang mencari rezeki dengan menjual juadah berbuka puasa dan lain-lain dengan penuh ikhlas dan jujur sudah tentu anugerah Allah ini akan berganda-ganda diterimanya.

Terlalu banyak Hadis-hadis yang menyebut keutamaan puasa, di antaranya ialah :

Nabi saw bersabda, maksudnya :


" Apakah tidak lebih baik aku menunjuki kepada pintu kebajikan?...Mu'az menjawab, baik benar ya Rasulullah...bersabda Nabi SAW puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan kesalahan bagai air memadam api".

                                                         (HR At Turmuzi dai Mu'az)




Sabda Nabi SAW bersabda dalam Hadis Qudsi  maksudnya : 

" Telah berfirman Allah 'Azzawajlla, tiap2 amal anak Adam untuknya sendiri, selain dari puasa. Puasa itu untuk Ku dan aku akan memberikan pembalasan kepadanya. Puasa itu Junnah (perisai); kerana itu apabila seorang kamu sedang berpuasa, janganlah menuturkan kata2 yang buruk, yang keji dan yang membangkit hawa nafsu (syahawat) dan jangan pula ia mendatangkan hiruk pikuk (hingar bingar), apabila ia dimaki atau dicabar oleh seseorang, hendaklah ia katakan" saya ini berpuasa atau saya sedang berpuasa, Demi Allah yang diriku (Muhamad) ditanganNya, bau busuk orang yang berpuasa, lebih baik dan lebih harum disisi Allah dari bau kasturi yang harum semerbak. Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, kegembiraan dikala berbukanya dan kegembiraan diketika bertemu sengan Tuhannya kerana puasanya".


                                                           (HR  Al Bukhari dari Abu Hurairah)    

Maksud yang dapat kita ambil dari hadis itu, Allah sendiri yang mengetahui akan pahala yang diberikan, dalam arti kata lain banyak sekali pahala yang akan Allah berikan, ia merupakan satu sandaran bahawa Allah sendiri yang akan meanugerahkan pahalanya kepada hamba-hambanya yang berpuasa, walaupun ibadah yang lain itu semuanya kepunyaan Allah, dan kepada ibadah puasa lebih istimewa dari yang lain, ia suatu anugerah Allah yang tidak terhingga banyaknya, maka ikhlaskan diri dan jangan riya'.

 
Dalam Hadis Qudsi yang lain, Nabi saw bersbda :

" Segala amalan kebajikan anak Adam dilipatgandakan pahalanya dari 10 hingga 700 ganda, Allah berfirman; kecuali puasa, puasa itu untuk Ku dan aku memberikan pembalasannya (pahala) kepadanya"....
                                                        
                                                         (HR Muslim dari Abu Hurairah).

Akhirnya selamat menjalani ibadah puasa : Apabila menjelema Ramadhan Rasulullah saw mengucapkan kepada para Sahabatnya. Telah datang kepada mu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka selamat datang ya Ramadhan, bulan puasa membawa segala rupa keberkatan, alangkah mulianya tamu yang datang itu.

                                                     
                                                                

                   

                                                 AHLAN YA RAMADHAN.