Islam itu indah

Islam itu indah

Ahad, 18 November 2018

APA YANG DAPAT KITA FAHAMI DARI KALIMAH TAQWA.


Pendahuluan.


Perkataan Taqwa selalunya kita dengar di masjid-masjid, apabila seorang khatib berpesan bertaqwalah kepada Allah s.w.t. Perkataan tersebut juga senonim dengan perkataan takutlah kepada Allah SWT. Maka untuk menghalusi sedikit perkataan Taqwa dengan pengertian takut itu, terbayang juga di minda kita semacam takut kepada binatang buas,  takut kepada harimau, singa, beruang dan lain-lain, takut seperti ini lebih banyak menggundang kebencian, padahal persolan taqwa itu hubungan manusia dengan Tuhannya, tidak boleh wujudnya unsur-unsur benci walaupun sedikit. Takut atau taqwa itu sebenarnya harus sesuai dengan sifat Allah  Yang Maha Sempurna Pemurah dan Maha Penyayang, ia mungkin boleh diartikan takut kalau-kalau terlepas dari anugrah nikmat,  kasih sayang, rahmat dan rahimNya. 


Taqwa itu lebih kepada apa yang digambarkan, sentiasa memelihara tuntutan  untuk tidak meninggalkan kewajiban atau tuntutan untuk meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan atau memelihara tuntutan yang dianjurkan seperti amalan sunnat, atau meninggalkan perkara yang dimakruhkan. Maka yang paling utama sentiasa memelihara dirinya untuk tidak terjerumus kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.


Allah berfirman dalam Al Qur'an yang bermaksud :

" Wahai orang yang beriman taqwalah kepada Allah dengan benar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim."

                (Q.S Ali Imran : 102)


Ayat di atas,  didahului dengan perkataan taqwa. Asy-Syaahid Sayed Qutub dalam merumuskan kata taqwa, ia mengandungi maknanya yang amat luas iaitu menundukkan diri kepada Allah s.w.t, mentaatiNya, mengikut cara hidup yang ditentukanNya bertahkim dengan kitabNya.

Selasa, 18 September 2018

PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.


Pendahuluan.




Manusia adalah makhluk yang indah dan sempurna, unik dan istimewa yang menjadi penghuni bumi ini. Al Qur'an menyatakan, firman Allah yang bermaksud :


" Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian  kami kambalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya (neraka) kecuali orang-orang beriman mengerjakan amal saleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.
                                                                          ( Q. At Tin  a. 1-6)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Dan sesunggunya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan saripati itu air  mani (yang di simpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani (sperma) itu kami jadikan segumpal darah, lalu kami jadikan segumpal daging, dan segumapal daging itu kami jadikan tulang belulang. lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah pencipta yang paling baik."


                                         (Q.S Al Mukminun ayat :12,13,14) 


Unsur Dalaman.

Unsur dalaman yang dimaksudkan itu iaitu :
  • Hati
  • Nafsu
Dalam diri manusia ada segumpal daging yang berperanan mebawa manusia kepada kejayaan atau kehancuran berdasarkan kepada Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :


" ketahuilah bahawasenya manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah tubuh semuanya, apabila ia rosak, maka rosaklah tubuh semuanya, dan ketahuilah  ia adalah hati."
                                              ( HR muttafaqun Alaih)
                                                                                             

Hati pula terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu :



  1. Hati yang menerima cahaya keimanan dipanggil Al Qalb. 
  2. Hati yang dipanggil Fuadi yang  Makrifah, Mukasafah yang wujud kepada manusia yang terpilih sahaja. 
  3. Hati yang berbentuk jantung hati dipanggil Lub (Al Bab), iaitu yang menerima cahaya tauhid atau keesaan Allah. Status yang paling hebat di antara ke tiga-tiga komponen tersebut ialah Lub (al Bab) yang paling tinggi dan dianggap intelek dalam diri manusia.


Akal manusia tidak dapat merunkaikan terlalu jauh membuat andaian atau ramalan dalam hal atau masalah yang berhubungan dengan alam ghaib, kerana ia terlalu abstrak dan kabur masalahnya, Al Qur'an tidak menjelaskan secara terperinci, tidak juga ada ilmu untuk dapat mengetahuinya lebih detail, ia adalah urusan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya, para ilmuan tentang kejiwaan yang dipanggil pakar jiwa itu, mereka pun  hanya mengetahui dari fakta-fakta dan gejala-gejalanya sahaja, boleh jadi fakta-fakta itu tepat dan boleh jadi meleset.

Sementara itu apa yang dipanggil cetusan hati akan melahirkan niat, dan niat pula akan ditimbangkan oleh akal (mental). Akal atau mental terbahagi kepada dua, iaitu mental yang berbentuk fizikal (material) dan yang berbentuk spiritual (keruhanian). Kecerdasan akal  yang berbetuk fizikal itu, sebenarnya sangat terhad, ia dipandu oleh daya intelektual yang bersifat materialis, ia juga boleh mengundang ketidaksetabilan hidup  ini.  Sedangkan akal yang berbentuk spiritual (keruhanian), kehebatannya  dikendalikan langsung oleh Allah s.w.t. Kekuatannya boleh menyatukan ummah didunia ini.




Rabu, 14 Oktober 2015

TAHUN HIJRIYAH ATAU TAHUN ISLAM.



Pendahuluan.



Tahun Hijriyah dan beberapa aspek nilai yang terkandung dalam tahun tersebut. Hijrah  juga berkait rapat dengan iman dan jihad. Firman Allah yang bermaksud :


" Orang-orang yang beriman yang berhijrah dan yang berjihad pada jalan Allah dengan hartabenda dan dirinya lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah. Mereka itu orang-orang yang menang. Tuhan menyampaikan berita gembira kepada mereka dengan beroleh rahmat ridhanya dan surga yang dalamnya mereka memperoleh nikmat yang abadi."

                                                                      (QS At Taubah: 20-22)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :


" Sesungguhya orang-orang yang beriman dan orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Ilahi, Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyayang."

                                                                   (QS Al Baqarah : 218)



Bersempena dengan menyambut tahun baru Islam 1 Muharram 1440 H kita gariskan sedikit sejarah awal Muharram. Iaitu bila bermula bulan tersebut untuk penegetahuan kita bersama setidak-tidaknya dapat juga untuk mejadikan percakapan atau sembang kita sambil menyambut bulan hijran yang setiap tahun kita rayakan dan disambut secara besar-besaran terutama di negara kita yang dikaitkan dengan ayat-ayat tersebut di atas.


Sabtu, 10 Oktober 2015

KISAH RINGKAS TELAGA ZAM-ZAM (AIR MUKJIZAT) DI LEMBAH MAKKAH.





Sewaktu Nabi Ibrahim a.s diarahkan oleh Allah s.w.t ke Lembah Bakkah (Makkah) untuk memindahkan isterinya Hajar bersama anaknya Ismail. Putranya Ismail a.s masih menyusu dengan ibunya, dia masih kecil dan berada diribaan ibunya. Sesampai mereka dilembah (Bakkah) Makkah, Nabi Ibrahim a.s menempatkan mereka di bawah satu pohon kayu yang besar yang tegak di antara pohon-pohon kayu berduri yang jarang-jarang kedapatan di lembah itu, berdekatan dengan Baitullah (Ka'bah) yang ada sekarang ini dan telaga zam-zam yang kita saksikan hari ini, air yang memancar tersebut juga dipanggil air mukjizat.Keadaan lembah Makkah ketika itu masih sunyi dari manusia dan suasana kering kontang iaitu sangat sulit untuk mendapatkan setitik air, tidak ada mata air atau anak sungai yang mengalir di tempat tersebut, bayangkan bagaimana manusia boleh hidup di tempat itu. Sedangkan hidup manusia tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seharian dengan empat unsur iaitu tanah, air, api dan udara. Jika tiada empat unsur tersebut, manusia akan musnah dengan izin Allah s.w.t.

Setelah beberapa hari Nabi Ibrahim  a.s berada di tempat tersebut, Nabi yang mulia itu berhasrat untuk kembali semula ke Palestin (Syam), hasratnya itu tidak diketahui oleh Hajar, kedatangannya itu semata-mata untuk menurut arahan dari Allah s.w.t


Selasa, 18 Februari 2014

USIA YANG TERHAD INI BAGAIMANA DIMANFAATKAN




IBNUL JAUZI BERKATAUmur manusia itu terbahagi kepada 5 fasa :

  1. Fasa kanak-kanak sejak lahir sampai umur  15 tahun 
  2. Fasa remaja (muda) umur 15-35 tahun
  3. Fasa dewasa 35-50 tahun
  4. Fasa tua dan matang 50-70
  5. Fasa lanjut usia 70 tahun hingga akhir hayat 
Usia yang yang terbaik dan cemerlang itu sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah S.A.W :


 " SEBAIK-BAIK KAMU IALAH  ORANG YANG PANJANG UMURNYA BAIK PULA
   AMALANNYA.''
                                       
                                                (H.R: AT TERMIZI).


Pada usia kanak-kanak dan usia remaja, merupakan usia mempersiapkan diri untuk melangkah ke tahap yang lebih mencabar iaitu usia dewasa. Maka jika ia tidak mempersiapkan diri dengan iman dan taqwa, ilmu dan amal yang bermanfaat, berakhlak dengan akhlak mulia, maka jangan harap ia akan berubah dengan mudah pada usia dewasanya. Pepatah Arab ada menggambarkan :




"JIKA SEORANG REMAJA BERUMUR  DUA PULUHAN, BELUM JUGA MENCAPAI KEHEBATAN, NESCAYA TIADA KEHIBATAN LAGI BAGINYA."

Dalam pepatah yang lain ada diuangkapkan :

"JIKA KAU TAK MERAIH KEMULIAAN DI HARI MUDAMU, MAKA TIADA AKAN MULIA HIDUPMU SAMPAI TUA, ITULAH BAHAGIAN PALING BERHARGA DALAM USIA MU, MAKA REBUTLAH PELUANG ITU, JANGAN BIARKAN IA BERLALU DENGAN SIA-SIA."


Sabtu, 6 Julai 2013

MANUSIA DAN SUNNATULLAH

Pra wacana.
                     
Sunnatullah, di dunia moden yang sekular dipanggil law of nature bermacam-macam persepsi dari kalangan  manusia,  muslim atau non muslim terhadap hukum yang berlaku kepada alam dan isi kandunganya, ini menggambarkan begitu dangkal akal  yang tidak mendapat petunjuk Ilahy mengenal pencipta alam ini dan undang-undang yang berlaku didalamnya. Al-Qur'an memberikan mesej yang jelas, bahawa hukum yang berlaku di alam ini diatur oleh Allah s.w.t yang dipanggil sunnatullah dan ia bukan dari anggapan sebahagian manusia  sebagai hukum semula jadi yang tiada penghujungnya itu. 

Persepsi yang terkeluar dari minda yang  dicetak oleh hukum sekular (keduniaan) yang  menyembah mindanya sendiri. Maka beberapa perkara yang amat perlu diperhatikan untuk sama-sama kita renungkan, setidak-tidaknya ada tiga persepsi tentang sunnatullah dari golongan manusia. Pertama patuh secara terpaksa, kedua, patuh sebahagian dan kufur kepada sebahagian yang lain, ketiga  patuh secara sukarela. 

Jumaat, 22 April 2011

ENAM PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN BAIK KITA.

Enam perkara yang negatif merosakkan amalan baik kita sabda Nabi s.a.w  yang bermaksud :

(1)Suka mengaibkan orang lain
(2)Keras hati/busuk hati
(3)Cinta kepada dunia keterlaluan
(4)Tidak punya Perasaan malu 
(5)Angan-angannya tinggi melangit
(6)Perbuatan zalim berterusan
       (HR Ad Dailami)


 Suka  Mengaibkan Orang Lain.


Mengaibkan orang lain, maksudnya melakukan sesuatu dengan cara memalukan orang lain, mewarwarkan  keburukan orang lain, merancang perkara   yang tidak wujud dengan tujuan memalukan, dan mereka cipta sesuatu yang tak wujud kepada orang yang diaibkan, melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri, kemudian mengkambing hitamkan orang lain. Jari telunjuknya selalu kedepan, tidak pernah menunjuk kebalakang kepada dirinya   untuk muhasabah  dan mengintrospeksi dirinya. Islam melarang mengaibkan dan membuka aib orang lain, Islam menyuruh umatnya selalu muhasabah diri, menghias diri dengan akhlak yang mulia, rendah hati tidak sombong, pemurah, penyayang dan suka membantu terhadap orang yang memerlukan.

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani, Nabi s.a.w bersabda :


"Seutama-utama orang mukmin dalam hal ke Islamannya ialah seluruh orang Islam merasa selamat, ya'ni sejahtera dari kejahatan lisan (lidah) dan tangan orang mukmin itu, sedang seutama orang mukmin dalam hal keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya (budi pekertinya) adapun seutama-utama orang berhijrah itu, ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t kepadanya,  sedangkan seutama-utama jihad ialah orang yang berjuang melawan nafsunya sendiri untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t."
              (HR. Ath-Thobarani dari Ibnu Umar).