Islam itu indah

Islam itu indah

Isnin, 25 Januari 2021

 PENYAKIT HATI.

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّه أَلَ وَهِيَ الْقَلْبُ
(hadis riwayat bukhari dan muslim)
Maksud: Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah qalbu.
(hadis riwayat bukhari dan muslim)
Hadis ini menunjukkan baiknya amalan seseorang bergantung kepada hatinya, begitu juga disebaliknya. Hati yang rosak itu bukan dalam bentuk lahiriah tapi batiniah yang abstrak tidak dapat dilihat dengan mata tapi hanya gejala-gejalanya sahaja. Amalan seseorang bergantung kepada hatinya yang sihat, rawatlah hati dengan cara berhubungan dengan Allah SWT, mentaati suruhannya dan meninggalkan larangannya.
Hati manusia itu dapat dikelasifikasi kepada 3 kategori
1) Hati bersih yang selalu berhubungan dengan Allah, seperti solat, puasa, bersedakah dan amalan soleh, menyayangi sesama Islam. Hatinya sentiasa terpelihara dari jatuh kepada perbuatan jahat, maksiat dan mungkar. Manusia yang jahat dianggap hatinya mati, hati yang mati itu getarannya ya'ni doanya tidak sampai kepada Allah SWT.
Hati yang mati itu tempat bersemayamnya syaitan-syaian dan segala kejahatan. Sebab itu hati yang berpenyakit itu bukan penyakit hati dalam pengertian ilmu kedokteran akan tetapi lebih kepada kejiwaan (abstrak) tidak dapat dilihat dan bayangkan.
2) Hati yang mati tiada kehidupan yang baik dalamnya, ia tidak mengenal Tuhannya tidak tahu untuk beribadah kepadaNya, hidup hanya mengikut keinginannya (hawa nafsu) dan kesenangannya yang menipunya dan bergelamang dengan kejahatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT serta mengundang hasad dengki, tidak suka kepada hidup damai dan bahagia.
3) Hati yang sakit itu menyimpan ENERGI yang lebih kepada kehidupan semata yang mengarahkan kebinasaan kerana melupakan penciptanya.

Firman Allah SWT :
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ...
(Ali Imran:185)
"Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (menipu)"
Diantara Penyakit hati itu.

a- Sombong dan takbur itu penyakit hati yang sangat keras Firman Allah SWT:

"وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ ٱلْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ ٱلْجِبَالَ طُولًا"

Artinya : "Dan janganlah engkau berjalan dibumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak sekali-kali akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"
(Quran Surat Al-Isra Ayat 37)
b-Sifat riya' (menunjuk-nunjuk).

Fiman Allah SWT.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ
كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
(QS Al Bqarah :264)
C-Sifat Bakhil atau Kedekut.
Sifat bakhil atau kedekut ini berada diantara dua sifat iaitu bakhil dan mubazir, kedekut jangan, membazir pun jangan, tapi pilihlah sifat pemurah, kita tidak pernah dengar orang yang pemurah itu menjadi miskin melarat dan bagkrup.
Firman Allah SWT :
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ
(Surat Ar-Ra’d Ayat 28)

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Firman Allah SWT bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) keimanannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal. .” (QS. Al-Anfal:2).
Penutup

Kesimpulannya, sudah menjadi satu tuntutan kepada setiap insan itu untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT serta memohon kepada-Nya agar dikurniakan segala kebaikan dan dijauhkan daripada segala bala bencana. Di samping itu juga, hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan manusia yang mana ia menjadi faktor utama baik atau rosaknya sesuatu jasad seseorang itu. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah dengan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ....

“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972) di samping itu kita amat dituntut untuk selalu berbaik sangka kepada Allah SWT di dalam setiap doa kita. Amin.
Wallahua’lam.
Ibnu Ya'qubi