Islam itu indah

Islam itu indah

Rabu, 14 Oktober 2015

TAHUN HIJRIYAH ATAU TAHUN ISLAM.



Pendahuluan.



Tahun Hijriyah dan beberapa aspek nilai yang terkandung dalam tahun tersebut. Hijrah  juga berkait rapat dengan iman dan jihad. Firman Allah yang bermaksud :


" Orang-orang yang beriman yang berhijrah dan yang berjihad pada jalan Allah dengan hartabenda dan dirinya lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah. Mereka itu orang-orang yang menang. Tuhan menyampaikan berita gembira kepada mereka dengan beroleh rahmat ridhanya dan surga yang dalamnya mereka memperoleh nikmat yang abadi."

                                                                      (QS At Taubah: 20-22)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :


" Sesungguhya orang-orang yang beriman dan orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Ilahi, Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyayang."

                                                                   (QS Al Baqarah : 218)



Bersempena dengan menyambut tahun baru Islam 1 Muharram kita gariskan sedikit sejarah awal Muharram. Iaitu bila bermula bulan tersebut untuk penegetahuan kita bersama setidak-tidaknya dapat juga untuk mejadikan percakapan atau sembang kita sambil menyambut bulan hijran yang setiap tahun kita rayakan dan disambut secara besar-besaran terutama di negara kita yang dikaitkan dengan ayat-ayat tersebut di atas.






Peristiwa Tahun Baru Hijriyah


Tahun baru Hijriyah yang juga dikenali awal Muharram 1442 H  sekali lagi  menemui kita khususnya kaum muslimin/t. Setidak-tidaknya mempertautkan kembali detik-detik sejarah yang penting itu 14 abad yang lampau ketika mana Rasulullah s.a.w dan para Sahabat berhijrah dari Makah ke Madinah. Kaum muslimin waktu itu yang jumlahnya tidak lebih dari 200 orang terpaksa meninggalkan tanah air yang mereka cintai demi menyelamatkan perjuangan untuk menyibarkan Islam. Mereka bukan pelarian tetapi telah mendapt lampu hijau dari Allah s.w.t yang berlandaskan keimanan dengan semangat jihad dan dakwah. Dalam Al Qur'an terdapat 30 tempat perkataan hijrah itu ditemukan. Sedangkan ungakapan kata-kata iman dan jihad itu, berarti hijrah Rasulullah s.a.w. itu amat berkait rapat dengan perjuangan ( jihad) berdasarkan iman dan taqwa  yang terkandung dalam momentum hijrah itu pada perayaan tiap-tiap tahun untuk menyambut awal Muharram itu, dinegara kita lebih kepada bentuk yang tradisional dinilai dalam bentuk historis semata-mata. Mungkin kepada penganjurnya sudah memadai.


Untuk lebih jelas lagi, kalender (Takwim) Islam atau penetapan tahun baru hijrah @ awal Muharram  itu bermula ketika Abu Musa Al 'Asy'ari dilantik menjadi Gubenur di Bashrah, beliau pernah menerima surat dari Umar Al Khattab yang tidak memakai tarikh. Kemudian dalam surat balasan beliau kepada Khalifah Umar r.a itu, di antaranya berbunyi, ditulis oleh Abu Musa, surat anda yang tidak memakai tarikh atau hari bulan itu,  sudah saya terima. Maka dengan kalimah yang singkat itu merupakan satu cubitan yang kemudiannya ternyata berfaedah mencolek fikiran Umar Al Khattab r.a untuk menetapkan kalender (Takwim) Islam yang akan dipakai dalam surat menyurat dan urusan resmi negara.



Maka bermula zaman Khlifah Umar Al Khattablah ditetapkan secara resmi pemakaian tahun baru Islam yang dinamakan tahun hijrah yang dihitung dari kejadian hijrah tersebut, bukan dari hari kelahiran Nabi s.a.w atau dari hari beginda menerima tugas kerasulan. Sebab-sebab Umar Khattab r.a. menjatuhkan pemilihan tarikh kalender Islam dari permulaan hijrah itu merupa satu peristiwa yang besar dan amat bersejarah, iaitu sa'at-sa'at Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin mencipta sejarah untuk memisahkan antara yang hak dengan yang batal antara cahaya dengan kegelapan, Saidina Umar bin Al Khattab menggambarkan.

         " Hijrah itu memisahkan antara yang hak dengan yang batal. 
           Oleh itu ( abadikanlah   dengan   menjadikannya)  sebagai 
            penanggalan atau tarikh."     
                                                                      (Saidina Umar Bin Al khattab r.a)


Hijrah itu Sebagai Sempadan.


Hijrah juga tak ubah seperti batu pancang untuk memisah kebenaran dengan kebatilan iaitu 10 tahun meletakkan batu asas kota Madinah, maka terbentuklah satu kerajaan yang dipanggil Daulah Islamiyah yang disokong kuat dari kaum ansar penduduk asal Madinah. Madinah adalah kota yang terdiri dari bebagai bangsa dan agama iatu Yahudi, nasrani, Arab dari berbagai suku dan qabilah. 



Fakta Dari Hijrah  


Memadailah kita mengambil fakta sejarah, tidak perlu kemukakan dalam penulisan kali ini diuraikan satu demi satu tentang perjalanan hijrah itu dan perkembangannya, sebab hal itu adalah laksana matahari yang bersinar disiang hari, selagi alam ini belum hancur ia tetap akan menyinar. Tetapi yang perlu disimpulkan ialah nilai-nilai ruhaniyah yang terkandung dalam peristiwa tersebut seperti ruhul jihad (daya juang) keberanian, tahan menderita, teguh hati, sabar dan semangat fisabilillah yang terus menyala.

Prof Dr. Syaikh Mahmoud Syaltout, Rektor Uneversiti Al Azhar Cairo memeberikan satu istilah tentang hijrah, iaitu Hijratul Qalbiyah (hijarah hati) memisahkan diri dari tengah-tengah arus kemaksiatan dan kemusyrikan yang melanda masyarakat umat waktu itu. Mereka menjadi kebal dan dapat mempertahankan diri ditengah-tengah gelombang kemerusutan,  tidak hanyut dan tenggelam, tidak mudah dipengaruhi oleh jiwa kesat dan kotor serta tekanan. Maka hijrah ini merupakan latihan dan membawa kematangan yang padu, tak ubah laksana besi yang di bakar dan dipukul,  dibentuk sebagaimana dikehandaki untuk menjadi alat yang berfaedah, bahkan alat tersebut boleh memukul musuhnya kembali.

Maka keadaan jiwa yang demikian merupakan faktor yang menentukan dan menguntungkan kaum muhajirin (orang yang berhijrah). Kekuatan hijrah hati atau jiwa ini sudah berlaku kepada Nabi s.a.w dan para sahabatnya, sehingga tetakala dihadapkan kepada kenyataan melakukan (hijrah badaniyah) hijrah fizikal, maka jiwa mereka sudah mantap dan padu tidak bimbang dan ragu dalam meghadapi kesulitan dan demi kesulitan.

Bagi kaum muslimin pada amnya yang hidup zaman kini, di abad yang amat mencabar ini yang diberi jolokan panggilan jahiliyah moden. Oleh itu perlu diberi penekanan tentang hijrah hati secara serius kepada generasi kini, perlu dipupuk diawasi sebaik mungkin, dalam arti kata lain ditengah-tengah kemerusutan nilai yang makin meresahkan supaya tidak terbawa ke dalam kancah tersebut. Banyak contoh-contoh sekitar kita yang menunjukkan dipukau oleh material (wang) dalam berbagai bentuk untuk mencapai kemewahan dan berlumba-lumba menghabiskan harta benda ke arah yang tidak halal, kemudian berlumba-lumba pula mencari harta benda melalui jalan yang songsang, merampas merompak dan rasuah hatta membunuh, fitnah berleluasa berlaku, tidak lagi merasa segan dan malu, maka inilah yang dikatakan nilai yang merosot yang membanjiri kaum muslimin hari ini hanyut dalam arus idealisme pemusnahan atau dalam kata lain erosi idealime penghakisan cita-cita.


Penutup.



Untuk menutup pembicaraan ini, marilah kita perhatikan beberapa rumusan terhadap  apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w  dan para sahabatnya, setidak-tidaknya untuk memperkukuh keimanan dan ketaqwaan kita.

1) Hijrah telah melukiskan kemantapan iman yang bersemi ke dalam jiwa Nabi s.a.w dan para sahabat-sahabatnya, yang  mengorbankan  harta benda   dan   kehidupan     keluarga dalam  mempertahankan akidah, rela mengahadapi penderitaan demi     untuk menegakkan agama Allah.


2) Kecekalan yang luar biasa berdepan dengan penderitaan yang penuh tawakkal kepada Allah s.w.t bilamana penghijrahan baginda Nabi s.a.w bersama sahabatnya berdepan dengan tugas yang amat berat didaerah baru  dengan kaedah dan langkah baru.

3) Hijrah yang dilakukan Nabi s.a.w adalah kesucian jiwa,  minda yang positif dan dinamik serta lebih banyak masa untuk mendekati Allah s.w.t. dari bermacam ganguan dan intipan kaum jahiliyah kafir Quraisy untuk melenyapkan Nabi s.a.w dan pengikutnya.

4) Melaksanakan perjuangan misi dakwah Islam,  bertujuan untuk lebih banyak lagi  mencapai kemenangan ke daerah-daerah yang lebih luas dan mencabar.


5)  Sikap hijrah itu lebih kepada perlawanan antara yang hak dengan yang batil dan matlamat terakhirnya untuk melenyapkan kebatilan.

6)   Di daerah baru dengan tugas baru yang sedia menunggu,  iaitu pembangunan spiritual dan material atau pembangunan kesepaduan material dan spiritual khususnya di kota Madinah dan daerah-daerah lain yang bakal menerima dakwah Islamiyah dengan misi dan visi yang sama  tujuan Nabi s.a.w melakukan hijrah tersebut. 






   Ibnu Ya'qubi.