Islam itu indah

Islam itu indah

Isnin, 10 Februari 2014

WASPADA DI TAMAN LARANGAN ALLAH.

.

Dunia ini ibarat taman yang luas, indah dan menarik. Dalamnya terdapat banyak jenis tanaman dan bunga-bungaan yang amat menyenangkan. Dalam taman yang luas itu, terdapat larangan dan arahan (suruhan) yang tidak boleh dicerobohi atau cuba memasuki kawasan-kawasan larangan yang berisiko tersebut.


Dalam surah Al 'Araf  Allah berfirman maksudnya : 


" Katakanlah, Tuhan ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak maupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) kamu mempersekutu dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ke ketahuni."                   


                                                  (QS Al 'Araf  : 33) 





Perbuatan jahat dan jijik.


Pada ayat tersebut terdapat perkataan fawahisya menurut bahasa arab melanggar batas, dalam istilah syar'iyah ialah setiap perbuatan yang keji dan jijik, menurut akal, agama dan adab atau sopan santun iaitu suatu perbuatan yang terkenal jijik sejak zaman dahulu seperti zina, rogol, seks diluar tabi'ie, sumbang maharam dan lain2 perbuatan yang jijik. Tetapi pada zaman jahiliyah terdapat satu etika yang agak ada sedikit kedepan iaitu hanya melihat perbuatan zina  sebagai satu kejahatan apabila dilakukan secra terang-terangan atau ditempat terbuka, tetapi jika dilakukan secara sembunyi, maka dianggap bukanlah satu kesalahan, sama juga dengan undang-undang konvensional, zina itu tidak boleh dijatuhi hukuman terhadap pelakunya, jika dilakukan dalam bentuk suka sama suka, dan kes zina dianggap salah apabila dikaitkan dengan kes rogol, jadi melakukan zina secara sembunyi atas dasar suka sama suka, tidak dapat dihukum, jika ingin untuk dibawa ke mahkamah hendaklah dibuat pertuduhan kepada kes rogol. Tumbuhnya rumah berpeleseran seperti rumah urut, rumah tumpangan, kelab-kelab hiburan (hedonisme) yang berkedok (bersembunyi) disebalik tempat-tempat tersebut.


Islam datang membawa peraturan yang mengharamkan terhadap perbuatan tersebut, baik secara terang atau sembunyi-sembunyi. Adapun motivasi pelarangan tersebut, kerana perlakuan tersebut jelas membawa akibat yang buruk terhadap peribadi maupun terhadap masyarakat, setiap perbuatan yang dilrang oleh Allah adalah termotivasi untuk menghindarkan mudharat dan kerosakan kepada individu dan masyarakat seluruhnya yang berpunca dari perbuatan keji dan jijik itu.


Dosa Atau Kesalahan.


Pelanggaran-pelanggaran yang mengakibatkan dosa adalah hukuman pembalasan Allah terhadap mereka yang melanggar undang-undang Allah atau mereka yang melanggar ketentuan dari peraturan Tuhan. Pada umumnya siksa itu akan dialami diakhirat kelak, tetapi ada juga kesalahan tertentu akan dialami hukum didunia ini, bergantung kepada kesalahan atau pelanggaran itu menurut ketentuan hukum Islam. Jika undang-undang Islam itu dipraktikkan dan ada diantaranya terlepas pandang dari hukuman atau pembelaan yang dapat mengelabui hakim, maka ia tidak akan lepas dari mahkamah Allah diakhirat nanti. Namun ketentuan hukum Islam itu diperkuat oleh nilai dan moral hukum yang setiap kesalahan itu jika terlepas dari hukum dunia, jangan kita anggap boleh lepas dari hukuman diakhirat, ia tetap memikul dosa-dosanya diakhrat nanti, iaitu akan dibicarakan dimahkamah Tuhan.



Dosa besar yang paling ketara itu sebagaimana  di ungkap oleh Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : 

" Dosa besar (al Kabair) itu ialah menyengutukan Allah (syirik), durhaka kepada ibu bapa, membunuh manusia dan bersumpah palsu."
                                                                       
               (HR Abdullah bin umar bin'Ash).

 

Selain dari itu termasuk dalam dosa besar akibat dari meninggalkan kewajiban oleh manusia yang mukallaf (dipertanggungjawabkan) seperti solat, puasa zakat dan haji, tanggungjawab lain seperti memberikan nafkah kepada keluarga isteri dan anak-anak, ibu bapa yang tiada upaya lagi dan lain-lain. Dosa besar kerana melanggar larangan Allah, seperti minum arak atau khamar, zina, makan uang hasil riba', menipu, rasuah, mencuri harta orang lain, merompak, memfitnah dan lain-lain.




Perlanggaran Ke atas Hak-Hak Manusia




Perlanggaran terhadap hak-hak orang lain, iaitu hak-hak kebebasan atau kemerdekaan diri, harta benda, kehormatan dan agama, ia mesti dihormati dan tidak boleh diperkosa. Perlanggaran hak-hak ini adalah satu kezaliman yang mengakibatkan bencana, kerosakan dan permusuhan. Maka ia dianggap suatu kejahatan dan perbuatan dosa yang mesti dihukum, sesuai degna perlakuannya. Dalam hubungan ini, Syekh Muhammad Abduh mengatakan, memperkosa hak-hak manusia itu adalah satu larangan yang mengakibatkan dosa, ia merupakan satu perlanggaran terhadap hak-hak  jama'ah atau satu-satu golongan yang boleh menimbulkan permusuhan, maka sebab itu Al Qur'an dari awal-awal lagi menyatakan  firman Allah  yang bermaksud : 




"  Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksanya.."  (Tafsir Al Manar Jld VIII H. 396).
                                                                                  
                                                                             (QS Al Maa'idah:2)



Hak asasi manusia pada masa kini sudah menjadi peraturan internasional yang mendapat pengakuan dan dilaksanakan oleh negara-negara maju. Walau bagaimana pun peraturan dan undang-undangnya masih belum dapat memuaskan semua negara didunia, contohnya pencabulan terhadap hak asasi manusia terus berlaku, seperti di Palestin, Myanmar dan suatu waktu dulu di Bosnia, Kosova,   juga berlaku di Amerika dan Eropah, namun masih belum nampak apa itu hak asasi manusia yang sebenarnya, pelanggaran terhadap hak-hak asasi manusia terus berlaku di negara-negara yang kononnya menentang pencabulan keatas hak-hak asasi manusia. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah akur kepada undang-undang yang dicipta oleh mereka sendiri, mereka juga melakukan pelanggaran terhadap hak asasi manusia, sebagaimana yang dilakukan ke atas Iraq, Afghanistan dan dinegara-negara lain secara langsung atau tidak langsung.


Syirik Dan Durhaka Kepada Ibu Bapa .



Perbuatan syirik suatu sikap menyengutukan Allah, disamping percaya kepada Allah ia juga percaya wujudnya kuasa-kuasa lain yang mengakibatkan bercampur baur antara kuasa Allah dengan sesuatu yang lain, seperti  percaya kepada hantu dan syaitan yang juga akan mendatangkan kemudharatan kepada manusia atau mengharapkan  sesuatu pemberian dan petunjuk dari syaitan atau jin untuk dapat memenuhi kemahuan kita. Selain dari itu lebih mengutama kan fikiran manusia untuk mencari landasan hidup dan mengenepikan Al Qur'an dan Hadis iaitu lebih percaya kepada sumber-sumber yang lain untuk menjalani hidup ini. Namun syirik itu dapat dibahagikan kepada dua, pertama syirik yang jelas atau terang mempersekutukan Allah iaitu menyembah selain dari Allah. Syirik kedua syirik tersembunyi (khafi) seperti percaya kepada jampi-jampi dan tempat-tempat dianggap keramat, percaya kepada wujudnya kuasa kepada seseorang kononnya mempunya kuasa yang boleh mendatangkan mudharat kepada orang lain  dan lain -lain seumpamanya.


Sikap jiwa syirik ini membuat jiwa seseorang menjadi kesat dan boleh menjadikan manusia hilang pegangan yang akan mempengaruhi kehidupannya, kerana berpegang kepada dahan-dahan buruk dan rapuh iaitu menzalimi dirinya sendiri, firman Allah yang bermaksud :



"Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah suatu kezaliman (terhadap diri sendiri) yang amat besar."

                                                                             (QS Luqman : 13)


Maka dilihat dari sudut pelanggaran, sikap syirik itu ialah satu dari dosa besar yang tidak mendapat keampunan dari Allah s.w.t, sebagai mana ditegaskan oleh Al Qur'an :



" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni dosa yang lain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia berbuat dosa yang besar. "

                                                                             (QS An Nisa' :48)

Durhaka kepada dua orang tua, iaitu perlakuan  yang tidak beradab yang dilarang keras oleh Allah. Perlakuan durhaka kepada  ayah dan ibu kandung merupakan cerita yang wujud sepanjang masa, ia perbuatan yang tercela, Allah juga tidak akan mengampuni anak yang durhaka, sehingga ibu bapanya memaafkannya, keradhaan Allah itu tergantung kepada keredhaan dua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud :



" Dan Tuhan mu memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari Dia dan hendak kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya, jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya samapai umur lanjut dalam peliharaan mu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

                                                 (QS Al Israa'  : 23)



 Membunuh jiwa Manusia Dan sumpah Palsu.



Membunuh manusia lainnya, ia termasuk dalam dosa bensar, undang-undang Islam dalam kategori undang-undang Qisos iaitu balas balik  dalam bentuk yang sama. Perbuatan membunuh ini merupakan pelanggaran terhadap hukum Qisos dan berdosa besar. Firman Allah yang bermaksud :


" Dan barang siapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasnnya ialah neraka jahannam, ia kekal dalanya, dan Allah murka kepadanya dan mengutuknya serta menyediakannya azab yang amat besar."
               (Al Qur'an S. An NisA' 93)..
                 (Sila perhatikan juga QS Al Furqan ayat 68-69)
                                                  

Dalam Satu Hadis Nabi S.A.W Nabi Bersabda maksudnya :


" Barang siapa yang membunuh jiwa bukan jiwa yang membut kerosakan di bumi, maka sesungguhnya seakan-akan ia membunuh manusia semuanya."

                                      (HR Bukhari, Muslim dan An Nasaiy)


Sumpah palsu, sumpah yang dibuat-buat atas nama Allah,  bukan perkara sebenarnya berlaku, seperti menuduh seseorang melakukan perbuatan curang dan lain sebagainya, sedangkan perkara yang sebenarnya tidak berlaku, maka sumpah itu dianggap sumpah palsu, maka ia berdosa besar dan akan menanggung dihadapan pengandilan Tuhan di akhirat nanti. Hadis yang diriwayat oleh (Abdullah bin Umar bin 'Ash) Hadis di atas adalah berkenaan. 



Melakukan Bid'ah


Yang dimaksudkan dengan bid'ah itu ialah mengada-adakan suatu perbuatan yang dianggp sebagai ibadah seolah-olah ia berasal dari Al Qur'an dan Hadis, sedangkan perkara yang sebenarnya tidak ada dasar-dasarnya dalam Al Qur'an dan Hadis, cuma direka-reka dan diciptanya sendiri, baik kerana kebodohannya atau disengajakan dengan tujuan tertentu. Maka perbuatan tersebut bukan sahaja perbuatan menipu dirinya tetapi mencabar Allah s.w.t  dan mengheret orang ramai kejurang kesesatan. Ibnu Quiyyim mengatakan mengenai hal tersebut, sesuatu yang berasal dari Allah s.w.t tanpa ilmu adalah satu larangan yang berat dan mengakibatkan dosa-dosa besar.  



kesimpulan


Dosa mensyirikkan Allah adalah dosa yang paling besar dan dosa yang tak diampun oleh Allah, demikian juga durhaka kepada ke dua ibu bapa. Allah mengampuni jika kedua ibu bapanya memaafkan dan meredhakannya, kerana kerdhaan Allah itu tergantung kepada keredhaan kedua ibu bapanya. Selain itu  membunuh jiwa manusia termasuk juga membunuh diri sendiri adalah merupakan dosa besar. 


Sumpah palsu tujuannya untuk meyakinkan sesuatu yang sifatnya fitnah dan mengaibkan orang lain, maka demi untuk meyakinkan orang lain terhadap sesuatu tuduhan jahat kepada seseorang ia sanggup melakukan sumpah, sumpah palsu yang dilakukan ini adalah berdosa besar. Maka berwaspada terhadap apa yang akan mendatangkan dosa  terutamanya dosa-dosa besar  yang tidak diampuni oleh Allah s.w.t.