Islam itu indah

Islam itu indah

Selasa, 18 Februari 2014

USIA YANG TERHAD INI BAGAIMANA DIMANFAATKAN










IBNUL JAUZI BERKATAUmur manusia itu terbahagi kepada 5 fasa :

  1. Fasa kanak-kanak sejak lahir sampai umur  15 tahun 
  2. Fasa remaja (muda) umur 15-35 tahun
  3. Fasa dewasa 35-50 tahun
  4. Fasa tua dan matang 50-70
  5. Fasa lanjut usia 70 tahun hingga akhir hayat 
Usia yang yang terbaik dan cemerlang itu sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah S.A.W :


 " SEBAIK-BAIK KAMU IALAH  ORANG YANG PANJANG UMURNYA BAIK PULA
   AMALANNYA.''
                                       
                                                (H.R: AT TERMIZI).


Pada usia kanak-kanak dan usia remaja, merupakan usia mempersiapkan diri untuk melangkah ke tahap yang lebih mencabar iaitu usia dewasa. Maka jika ia tidak mempersiapkan diri dengan iman dan taqwa, ilmu dan amal yang bermanfaat, berakhlak dengan akhlak mulia, maka jangan harap ia akan berubah dengan mudah pada usia dewasanya. Pepatah Arab ada menggambarkan :




"JIKA SEORANG REMAJA BERUMUR  DUA PULUHAN, BELUM JUGA MENCAPAI KEHEBATAN, NESCAYA TIADA KEHIBATAN LAGI BAGINYA."

Dalam pepatah yang lain ada diuangkapkan :

"JIKA KAU TAK MERAIH KEMULIAAN DI HARI MUDAMU, MAKA TIADA AKAN MULIA HIDUPMU SAMPAI TUA, ITULAH BAHAGIAN PALING BERHARGA DALAM USIA MU, MAKA REBUTLAH PELUANG ITU, JANGAN BIARKAN IA BERLALU DENGAN SIA-SIA."





Apabila manusia mencapai umur dewasa, ia dianugrah oleh Allah S.W.T hikmah dengan sempurna. Allah S.W.T berfirman maksudnya :

 "DAN SETELAH MENJADI DEWASA CUKUP UMURNYA, KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA HIKMAH DAN ILMU PENGETAHUAN, DEMIKIANLAH KAMI MEMBERIKAN BALASAN BAGI ORANG YANG SUKA MELAKUKAN KEBAJIKAN.

                                    ( AL QASHASH 14).


Ilmu pengetahuan yang tidak diikut sertakan dengan hikmah akan lebih banyak mengundang mas'alah kepada kehidupan manusia, boleh jadi akan menambahkan dukacita kepada manusia. Oleh itu jika sebakul ilmu yang dipunyai oleh manusia, maka hendaklah ia mempunyai  sebakul hikmah pula. Hikmah yang penulis maksudkan di sini ialah iman dan agama, ilmu yang dihiasi dengan iman dan agama akan melahirkan ahli cerdik pandai  yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. yang tidak akan menjadi perosak di muka bumi Allah ini.


Dalam ayat yang lain Allah S.W.T berfirman :


"SEHINGGA APABILA DIA TELAH DEWASA DAN MENCAPAI USIA  40 AN, BERKATALAH IA, YA! TUHANKU TUNJUKILAH DAKU JALAN UNTUK MENGSYUKURI NIKMAT YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KU DAN KEPADA KEDUA IBU BAPA KU DAN DORONGLAH AKU UNTUK BERBUAT AMAL SALEH YANG ENGKAU RIDAI."

                                                                                     ( AL AHQAAF: 15)

 Nabi S.A.W dilantik oleh Allah sebagai RasulNya pada usia 40 tahun, bagi menyampaikan wahyu kepada manusia, pembawa berita gembira dan berita peringatan serta ancaman yang dahsyat dari Allah S.W.T terhadap mereka yang engkar terhadap hukum-hukum Allah yang berbentuk suruhan dan larangan.


Pada kebiasaannya  usia dewasa ini akan dapat dilihat kearah mana kecenderungannya, apakah ia seorang pembina atau peruntuh. Usia dewasa ini, jika kebaikan yang dilakukan tidak melebihi kejahatan, maka usia yang sebegini akan sukar semasa usia tuanya.


Dalam ayat yang lain Allah S.W.T berfirman maksudnya :


" BUKANKAH KAMI TELAH MEMANJANGKAN USIA DALAM MASA
YANG CUKUP UNTUK BERFIKIR BAGI SETIAP ORANG YANG MAHU BERFIKIR
DAN BUKANKAH SUDAH TIBA KEPADA MU PEMBERI PERINGATAN."
                                                                                 ( Q. FAATIR : 37)

Oleh kerana sedikitnya umur yang tersisa setalah usia 40 tahun atau 50 tahun itu, maka tidak sepatutnya lagi mebazirkan waktu dengan kerja-kerja yang sia-sia dan menderhaka kepada Allah S.W.T serta mempersendakan hukum-hukumNya.




Diriwayatkan oleh huzaifah bin Yamani  R.A, mereka bertanya kepada Rasulullah S.A.W.

" BERAPAKAH KETETAPAN  USIA UMAT MU YA RASULULLAH?  JAWAB RASULULLAH;   SAAT KEMATIAN MEREKA PADA UMUMNYA ANTARA USIA  ENAM PULUHAN DAN TUJUH PULUHAN. MEREKA BERTANYA LAGI, BAGAIMANA DENGAN MEREKA YANG MENCAPAI USIA DELPAN PULUHAN? JAWAB RASULULLAH, SEDIKIT SEKALI UMAT KU YANG DAPAT MENCAPAINYA. SEMOGA ALLAH S.W.T MERAHMATI MEREKA YANG MENCAPAI UMUR LAPAN PULUH TAHUN."  
                                                                 ( H.R HUZAIFAH IBNUL YAMANI )


Dalam Hadis yang lain ada dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.


"MASA PENUAIAN (DIPADAM HAYAT) UMATKU PADA UMUMNYA  ANTARA USIA   ENAM  PULUHAN HINGGA TUJUH  PULUHAN ."

                               (HR.MUSLIM DAN NASAIE)                                                                        


Wahab bin Munabbih mengingatkan dirinya dan mereka yang mencapai usia 40 tahun. Kamu adalah tanaman yang hampir dengan masa penuaiannya. Sementara itu kepada mereka  yang berusia 50 tahun semestinya perlu ingat dan direnungi tentang apa yang mesti dibuat dan apa yang belum dilaksanakan. Kemudian kepada mereka yang sudah mencapai usia 60 tahun, maka tidak ada satu dalih atau alasan lagi untuk tidak melakukan tugas sebagai hamba Allah S.W.T. Semoga dengan itu  jangan pernah berkata, alangkah baiknya semua manusia ini tidak diciptakan oleh Allah S.W.T.  Tetapi mereka seharusnya mengetahui, kenapa mereka diciptakan. Oleh itu awaslah!...masanya hampir tiba, menghadapi masa yang tidak diduga, bila ia akan pergi, pergi yang tidak akan kembali lagi.


Kemudian pada usia antara 50 dan 70 tahun sebagaimana dinyatakan oleh Al Qur'an, firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" SETELAH ITU KAMI KELUARKAN KAMU SEBAGAI BAYI, KEMUDIAN KAMU MENJADI DEWASA, KEMUDIAN MENJADI TUA, DI ANTARA KAMU ADA YANG DIWAFATKAN SEBELUM ITU ( KAMI PERBUAT DEMIKIAN) SUPAYA KAMU SAMPAI KEPADA AJAL YANG TELAH DITENTUKAN, MUDAH-MUDAHAN SUPAYA KAMU MEMAHAMI( NYA)."

                                                             (  Q. AL MUKMIN A.67 )

Dalam usia tua ini akan nampak tenaga  yang dahulunya hebat, tetapi sekarang telah mula ditarik oleh Allah S.W.T sedikit demi sedikit dari keadaan yang awalnya kuat, kemudian menjadi semakin lemah setelah masa hebatnya dahulu. Tahap ini mungkin bila-bila masa sahaja  seseorang  itu akan bergelut dengan maut, jika kita betul-betul memperhati  maksud hadis tersebut di atas.



Oleh itu, mari sama-sama menginsafi dan memperhati terhadap hidup dengan masa yang sangat sedikit ini, bahawa hari lahir sering disambut mengikut kemampuan masing-masing, bahawa sambutan hari jadi atau hari lahir, sepegetahuan penulis tidak ada dalam kamus Islam, walaupun mungkin seorang yang lanjut usia itu sememangnya harus disyukuri, kerana masih dapat melakukan ibadah dan amal soleh. Tetapi jika usianya dihabiskan dengan bersantai dan berpoya-poya, maka nasib malang badan, jika ia menemui Tuhannya penuh dengan gelimangan maksiat dan menamatkan usianya dengan penuh kekejian dan kejahatan. Semoga umat Islam tidak akan terjadi perkara yang demikian.

Pesta hari jadi itu, mungkin sukar untuk ditinggal kan, maka sambutlah ia dengan penuh keinsafan dan muhasabah diri kepada Allah S.W.T. Kerana sekali kita melangkah kepesta tersebut, bukanlah artinya makin panjang umur kita, tapi sebenarnya makin dekat ke pusara  yang memang sedia menunggu kita. Apabila kita melangkah kepesta untuk tahun seterusnya, maka makin pendek nafas kita. Maka istilah panjang umur  yang dinyanyikan itu sebenarnya tidak tepat, kerana usia  yang ada itu makin surut, entah bila dan dimana hanya Allah Yang Maha tahu segala-galanya. Maka jadikanlah pesta tersebut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.


Al Khitab bin Nutbah berkata, aku seorang yang mencapai usia tua dengan uban di kepala, sesungguhnya uban itu laksana sempadan hidup yang tidak dapat disekat kerosakannya juga tidak dapat diperbaiki oleh zaman. Ia adalah cahaya  yang muncul bersama surutnya nafas yang akan memimpin setiap insan ke tempat longgokan tulang-tulang. Oleh itu semoga Allah S.W.T merahamatinya, jangan bakar cahaya uban itu dengan bara-bara api dosa mu.

Dalam satu Hadis Qudsi, Nabi S.A.W bersabda, firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" DEMI KEMULIAAN KU, KEBESARAN KU DAN KEPERLUAN MAKHLUK KU KEPADA KU, SESUNGGUHNYA AKU MALU MENYIKSA HAMBA-HAMBA KU,  BAIK LELAKI ATAU WANITA YANG TELAH BERUBAN KERANA MENCAPAI UMUR TUA DI DALAM ISLAM. KEMUDIAN RASULULLAH S.A.W MENGALIRKAN AIR MATANYA, LANTAS DITANYA KEPADANYA. APA SEBAB ENGKAU MENAGGIS YA  RASULULLAH? JAWABNYA; AKU MENANGIS TERHADAP ORANG TUA YANG ALLAH S.W.T MALU KEPADANYA, SEDANGKAN IA TIDAK MALU KEPADA ALLAH S.W.T.

                                                             (HR.Ahmad dan Tirmizi)

Maka untuk selingan, mari kita renungkan bersama cerita di bawah ini.


Pada zaman pemerintahan Khalifah Al Makmun. Seorang tua yang bernama Ma'an bin Zaidah. Satu hari beliau menghadap Khalifah Al Makmun. Lantas Khalifah bertanya kepadanya. Bagaimana keadaan kamu setelah menjangkah usia tua seperti ini? Iawab Ma'an, aku mudah tersungkur apabila tersandung batu tajam di jalan. Tanya Khalifah lagi. Bagaimana dengan makan minum dan tidur kamu? Jawabnya, bila aku lapar aku menjadi marah, bila aku makan aku bosan, bila berada di dalam majlis aku mengantuk, bila aku berada di atas tempat tidur ( katil ) mata ku terbuka payah hendak tidur. Bagaimana pula perasaan kamu terhadap wanita? Jawabnya yang tua dan tidak cantik aku tidak mahu. Sedangkan yang  muda, cantik molek tidak mahu kepada ku. Lantas Khalifah mengakhiri pertemuan itu. Beliau mengatakan kepada Ma'an, orang yang sebijak kamu ini, tak patut menjadi tua. Beliau mengarahkan kepada pegawai keuangannya supaya dilipat ganda pencen dan tak payah keluar dari rumahnya, biarkan orang ramai sahaja yang datang menemuinya. Suntingan dari buku Rabi'ul Abrar, semoga bermanfaat.



Mantan Pensyarah
ACIS  
UiTM Shah Alam.