Islam itu indah

Islam itu indah

Sabtu, 6 Julai 2013

MANUSIA DAN SUNNATULLAH

Pra wacana.
                     
Sunnatullah, di dunia moden yang sekular dipanggil law of nature bermacam-macam persepsi dari kalangan  manusia,  muslim atau non muslim terhadap hukum yang berlaku kepada alam dan isi kandunganya, ini menggambarkan begitu dangkal akal  yang tidak mendapat petunjuk Ilahy mengenal pencipta alam ini dan undang-undang yang berlaku didalamnya. Al-Qur'an memberikan mesej yang jelas, bahawa hukum yang berlaku di alam ini diatur oleh Allah s.w.t yang dipanggil sunnatullah dan ia bukan dari anggapan sebahagian manusia  sebagai hukum semula jadi yang tiada penghujungnya itu. 

Persepsi yang terkeluar dari minda yang  dicetak oleh hukum sekular (keduniaan) yang  menyembah mindanya sendiri. Maka beberapa perkara yang amat perlu diperhatikan untuk sama-sama kita renungkan, setidak-tidaknya ada tiga persepsi tentang sunnatullah dari golongan manusia. Pertama patuh secara terpaksa, kedua, patuh sebahagian dan kufur kepada sebahagian yang lain, ketiga  patuh secara sukarela. 



Golongan  pertama adalah mereka yang kufur dan tidak segan silu mengenkari undang-undang Allah dan buta mata hatinya terhadap hukum pertumbuhan jasadnya dan apa yang berlaku kepada dirinya, mereka ini kufur dari ketentuan Allah terhadap hukum yang berlaku kepada dirinya dan pertumbuhan jasadnya. Golongan ke dua, mereka secara sedar atau tidak atau disebabkan kejahilan tidak memperhatikan hukum pertumbuhan yang berlaku kepada jasadnya, lantas dengan segala kekeliruanya engkar tehadap hukum Allah s.w.t. Golongan ketiga mereka yang patuh dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, selalu memperhatikan apa yang berlaku kepada alam ini, mereka sesungguhnya meyakini sepenuhnya pada dirinya dan hukum pertumbuhan serta perubahan pada jasadnya, kesemuanya dari sunnatullah.



Islam  Dan Alam Semesta

Alam dan segala yang terdapat dalamnya adalah makhluk (ciptaan Allah) termasuklah di dalamnya manusia dan haiwan. Sedangkan Allah itu adalah Khalik (pencipta alam ini) sebab itulah Allah s.w.t itu dipanggil Rabbul A'lamin artinya Tuhan bagi alam semesta, yang mentadbir alam ini. Alam semesta itu diciptakan oleh Allah menurut hukum-hukum yang pasti objektif dan tetap, dalam bahasa ilmu yang sering dipanggil law of nature sementara dalam Islam dipanggil SunnatullahAlam ini diciptakan oleh Allah s.w.t dengan ketentuan undang-undang yang tertakluk kepada semua yang terdapat dalam kandungannya termasuklah manusia yang diliputi hukum serba tetap. Misalnya perjalanan matahari dan bulan tidak pernah terkeluar dari garis atau ketentuannya yang ditetapkan oleh Allah. Demikian juga dalam sistem tata surya yang mempunyai 9 buah planit, 1500 planit yang kecil-kecil dan 28 buah satelit, seluruhnya terikat dan berada dalam satu hukum serba tetap, begitu juga isi alam ini dari berbagai jenis benda padat, gas dan benda-benda cair telah terikat dan tertakluk dalam hukum yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Air umpamanya terikat dengan hukum H2O, berarti air terikat dengan 2 atom H (zat air) dan 1 atom O (zat pembakar). Tiap-tiap benda lebih berat dari udara tunduk kepada hukum gaya berat gravitasi yang juga dipanggil oleh Newton.

Maka bagi makhluk yang dipanggil manusia ini keseluruhannya tertakluk kepada hukum pertumbuhan dan perubahan. Sejak dari sperma titisan air mani kemudian  enbryo dalam rahim ibu kemudian lahir sebagai bayi, menjadi kanak-kanak dan mejadi seorang remaja, dewasa dan selanjutnya menjadi tua, dan akhirnya mati menjadi tanah iaitu kembali kepada asal manusia itu dari tanah.

Hukum-hukum yang serba tetap yang mengatur alam ini, maka sesungguhnya itulah hukum Allah s.w.t. apa yang diistilahkan  Sunnatullah.

Kenyataaan ini diperkukuhkan oleh Al Qur'an. Firman Allah yang bermaksud :
      


" Dan Allah mencipta tiap-tiap sesuatu, lalu ditetapkan padanya hukum- hukumnya"

                              (Q.S Al Furqan:2) 


Dalam ayat yang lain ada dinyatakan. Firman Allah yang bermaksud :


" Sesungguhnya kami (Allah) telah mencipta segala sesuatu dengan ketentuan yang pasti" 

              (AlQamar:49)



Hukum-hukum Allah pada makhluknya ada dua jenis yang bertulis dan tidak tertulis. Hukum Allah yang tertulis itu yang diwahyukannya kepada para Nabi dan Rasul terhimpun dalam kitab -kitab suci yang empat dan yang terakhir ialah Al Qur'an. Ciri-ciri khas hukum Allah tertulis ini reaksi waktunya ( time response) lebih panjang, mungkin lebih panjang dari usia manusia dan tidak dapat diketahui secara ekperimen menurut persayaratan ilmu. Umpamanya orang yang beriman, beribadah dan yang bertaqwa dijanjikan kehidupan yang baik, sejahtera dan kebahagiaan, disebaliknya orang yang zalim, munafiq, fasiq dan kufur (kafir) diancam dengan hukuman kehinaan dan kebinasaan (azab dan seksa yang amat pedih). Hukum Tuhan pasti berlaku terhadap kebaikan seseorang yang taat kepada Tuhan dan kehinaan keatas mereka yang durhaka kepada Tuhan. Maka yang dimaksudkan reaksi waktunya lebih  panjang dari umur manusia kerana tidak dapat dibuktikan oleh pengamatan akal yang bersifat manusiawi dan dengan ekperimen.


Hukum Tuhan yang tidak tertulis ciri-ciri khasnya ialah reaksi waktu (time response) pendek dari usia manusia, ia boleh dilakukan penelitian dan  ekperimen selain itu ia tidak melibatkan manusia. Contoh air yang mendidih 100°C. Jika satu liter air dimasak memerlukan waktu 10 minit untuk mendidih, maka yang 10 minit itulah disebut reaksi waktu yang jauh lebih pendek dari umur manusia, sehingga  didih air dapat diketahui dengan mengukur suhu air itu mendidih, begitu juga  hukum gaya berat gravitasi, dan semuanya ini tidak diwahyukan Allah dalam Al Qur'an. Hikmahnya supaya manusia menggunakan anugerah Tuhan amat istimewa yang bernama akal itu akan perlu adanya  ekperimen atau pengembangan ilmu dan teknologi. Sekiranya Allah itu mewahyukan semua hukum-hukumnya, maka tentulah manusia itu diciptakan serupa dengan robot dan tidak dinamik lagi.

Maka inilah dinamakan hukum Allah itu pasti (exact), objektif dan tetap. Hukum-hukum Allah itu tidak pernah berubah sejak diciptakan alam semesta ini, dan tidak akan berubah sampai hancurnya alam ini (kiamat besar). Sejak diciptakan, misalnya air mengalir tentunya dari tempat tinggi ke tempat rendah, tetapi tidak pula disebaliknya. Demikian juga dalam keadaan biasa tidak pernah air itu mendidih dalam keadaan suhu 10°C tapi selalu dalam suhu 100°C. Sebelum Newton  lahir, setiap batu yang diangkat kemudian dilepaskan tidak pernah melayang-layang,  tetapi ia jatuh dengan mudah. Hukum gravitasi adalah hukam Allah s.w.t. yang pertama kali dipopulerkan oleh Newton(1642-1727) seorang filosuf dan Ilmuan Barat (Inggeris.)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Yang demikian adalah Sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu dan kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu."

                                      (Q.S Al Fath :23)


Dalam ayat yang lain. Allah berfirman yang bermaksud :


" Anda tidak akan menjumpai dalam ciptaan Allah itu sebuah kekacauan, maka lihatlah sekali lagi adakah kamu temui padanya  kecacatan."

               ( Q. S Al Mulk: 3)



Oleh itu Allah selalu mengingatkan manusia supaya memperhatikan alam, juga memerintahkan manusia supaya membuat penelitian terhadap alam semesta dengan segala isi kandungannya dengan segala rendah hati bukan secara yang sombong angkuh dengan ilmu dan teknologi yang dimiliki, betapa Allah telah menciptanya segala benda-benda tersebut berlaku secara teratur, sedikitpun tidak terdapat sesuatu yang kacau dan cacat kecuali yang merosakkan adalah terdiri makhluk yang bernama manusia samada kecacatan itu berlaku didarat atau dilautan, semuanya hasil dari perbuatan jahat manusia.


Maka oleh kerana alam semesta dengan seluruh isi kandungannya taat atau patuh dan tunduk kepada Allah, maka menurut tata bahasa dan secara literal Al Qur'an samada kepatuhan itu secara terpaksa dalam bentuk kekufuran (ingkar) yang cuba mempertikaikan kekuasaan Allah s.w.t atau patuh dengan penuh rasa keimanan dan ketakwaan, maka seluruh alam ini adalah muslim adanya.


Manusia Dan Islam.

Prof. W.C Smith dalam bukunya Islam in Modern History merumuskan, bagi orang Islam  pastinya bahawa Islam itu adalah agama Allah, ini menunjukkan, bahawa Islam itu bukan bermula dikurun ketujuh masehi, akan tetapi sekurang-kurangnya pada hari penciptaannya iaitu hari penciptaan alam ini.

Di waktuTuhan menciptakan dunia ini, bahawa daya kekuatan alam berkerja sesuai dengan pola  yang telah ditetapkan. Alam ciptaan Tuhan ini tunduk dan patuh tanpa pilihan kecuali taat kepada perintahNya yang kekal dan abadi. Maka dalam waktu yang sama menunjukkan sesiapa yang lebih cerdas dalam memperhatikan rencana dan hikmah dari tanda-tanda penciptaan Tuhan itu, ia akan dengan cepat menginsafinya, malahan akan rasa terketuk jiwanya untuk beriman kepada penciptanya yang Maha Agung.

Manusia merupakan sebahagian daripada alam yang terdiri dari dua unsur iaitu jasmaniyah dan rohaniyah yang semestinya tunduk dan patuh kepada hukum-hukum serba tetap pasti dan objektif, tunduk kepada Sunnatullah. Sebab semua manusia tidak kira apa pun agama yang dianutinya tertakluk kepada semua hukum-hukum Allah tersebut dan tertakluk kepada hukum gravitasi dan hukum pertumbuhan manusia. Maka betapa pun tebalnya  keingkarannya yang tidak mahu mengaku Allah itu Tuhannya, maka ia adalah muslim, walau pun hanya kerangka dan batang tubuhnya sahaja yang menyerah diri kepada hukum Allah s.w.t. 


Perhatikan firman Allah yang bermaksud:

"  Apakah mereka mencari agama yang lain selain dari agama Allah (Islam), padahal segala apa yang ada dilangit dan dibumi menyerahkan diri (muslim) kepadaNya, baik dengan suka maupun dengan terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan."

                   (Q.S. Ali Imran : 83)



Dalam ayat yang lain Allah berfirman, maksudnya :


" Hanya kepada Allah sujud (patuh) segala apa yang dilangit dan di bumi baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya diwaktu pagi dan petang hari."

              (Q.S. Ar Ra'd :15)



Kerana manusia itu dijadikan dari dua konponen jasmaniyah dan ruhaniyah dan kejadiannya berbeda dengan makhluk lainnya dijadikannya sebaik-baik kejadian dan mempunyai daya pilih (ikhtiar) maka Allah menurunkan hukumnya secara khusus iaitu berbeda dengan alam lainnya yang tidak mempunya unsur rohaniah dan tidak mempunyai daya pilih atau free will.

Hukum Allah yang khusus bagi manusia itu ialah syari'ah , mereka yang patuh dan tunduk kepada hukum ini, ia adalah seorang muslim pada jasad dan rohnya, iatu yang berpegang kuat  kepada agamanya dan ia adalah umat Nabi Muhamad s.a.w. selamat, sejahtera dan berbahagialah didunia dan akhirat.

Bagi mereka yang engkar (kufur), maka Allah telah mencabar mereka, tetapi mereka tidak menyedari terhadap peringatan dan cabaran Allah terhadap orang kafir, disebabkan mungkin kejahilan atau kekufurannya atau terlalu sekular (keduniaan) dalam hidupnya. Amaran Allah s.w.t dalam Al Qur'an, hanya kepada Allah sujud (patuh) segala apa yang dilangit dan dibumi baik secara sukarela atau terpaksa atau menyerah diri kepada Allah (muslim). Hal ini jelas  yang menyerah diri secara sukarela adalah mereka yang beriman dan bertaqwa yang berpegang kuat kepada agamanya iaitu muslim dan mukmin, sedangkan yang menyerah diri secara terpaksa ini iaitu insan-insan yang kufur dan munafik, insan-insan yang sombong dan angkuh, akal dan minda mereka dibalut oleh kekufuran dan keduniaan (sekular) yang melampau dan menganggap itu sebagai law of nature semata-mata dan bukan dari sunnatullah.

Oleh itu kenapa kita tidak memperhatikan, bahawa setiap pelanggaran terhadap sunnatullah akan membawa kerugian dan kebinasaan, yang haram mejadi halal dan begitu juga disebaliknya bujur lalu melentang patah dengan matlamat membolehkan cara. Demikian pula hukum yang berlaku kepada jasad kita, apabila tidak dapat memenuhi hukum-hukum kesehatan, maka ia akan menjadi sakit dan bila bahagian-bahagian dalam jasad kita tidak lagi berkerja menurut ketetapan hukum yang berlaku kepada jasad kita, seperti darah berhenti mengalir, jantung berhenti berdetik dan sebagainya, maka jasad ini musnah (mati)! sejauh mana kehebatan manusia ini? mampukah manusia dengan kepakarannya menghidupkan kembali?.

Oleh itu layakkah manusia ini mempersenda dan memperlekeh undang-undang Allah?. Maka ia tak lain hanyalah kesombongan dan kengkuhan, syok sendiri...menolak undang-undang Allah dan penyelewengan ke jalan Ilahy, melakukan kekufuran engkar dan angkuh. Orang kafir dan orang yang berdosa, baik secara perseorangan atau secara bersama diancam dengan seksaan yang amat pedih di dunia dan diakhirat.


Firman Allah yang bermaksud :

" Adapun orang yang kafir akan ku seksa mereka dengan seksaan yang berat dan mereka tidak mempunyai penolong."

                         ( Q.S Ali Imran :56)



Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya:


" Sesipa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah termasuk orang-orang yang kafir."  

                                   (Q.S. Al Maidah:44)




Maka manusia sebagai makhluk yang mempunyai unsur jasad dan roh berbeda dengan yang mempunyai jasad sahaja. Maka pelanggaran  manusia terhadap hukum Tuhan pasti berdepan dengan azab dari Tuhannya samada didunia atau diakhirat nanti, kecuali dalam waktu yang masih terentang hidup ini sebelum ajal (mati) sempat menerima dan beriman dengan hukum-hukumNya bertobat dengan segala persyaratannya, maka Allah akan menempatkan dalam barisan insan-insan yang memperolehi ampunanNya dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak. 

Firman Allah yang bermaksud :

" Dan sesungguh Aku Maha pengampun ( dosa ) orang yang bertobat dan beriman  serta beramal soleh, kemudian tetap dijalan yang benar."

                                           (Q.S. Thaaha : 82)



Kesimpulan.

Manusia yang hidup dimuka bumi ini mulai fasa  pertama tetesan air manis (sperma) lalu mejadi segumapal darah kemudian segumpal daging,  lalu mejadi sebaik-baik makhluk bernyawa, maka Maha barakah kejadian Allah ini dan kesemua yang berlaku itu ketentuan dari sunnatullah. Ia bukan dijadikan secara kebetulan atau apa yang dipanggil low of nature oleh para saintis barat yang sekular.

Allah mencabar mereka yang angkuh dan kufur kepadaNya, apakah mereka mencari agama yang lain selain dari agama Islam.Sebenarnya mereka tidak pernah memperhati apa yang ada dilangit dan dibumi semuanya menyerah diri (muslim) kepadaNya samada secara sukarela  dengan penuh keimanan dan ketaqwaan atau pun patuh secara terpaksa dengan penuh kekufuran dan kesombongan. Yang dimaksudkan dengan kufur dan angkuh ialah akal manusia itu yang tidak mahu tunduk kepada Allah s.w.t.

Kepatuhan alam semesta terhadap sunnatullah termasuk manusia adalah untuk kesejahteraan, keamanan. Misalnya alam dan manusia ini tidak lagi diatur oleh hukum (sunnatullah) sudah semestinya tidak akan harmoni lagi kehidupan ini dan akan menjadi kacau, mungkin manusia akan musnah dengan mudah sebelum sampai ajalnya dan alam ini mungkin sudah kiamat. Oleh itu kenapa dengan sombongnya mempersenda undang-undang Allah s.w.t?.