Islam itu indah

Islam itu indah

Sabtu, 15 Mac 2014

SEORANG MUSLIM PASTIKAN JUGA IA SEORANG MUKMIN.

.Pra Wacana..

Alam ini tercipta bukan dari hasil perahan minda manusia, juga oleh makhluk-makhluk lainnya, tetapi ia diciptakan oleh Penciptanya Allah Yang Maha Agong dengan ciri-cirinya yang khususiyah (the raw material)  bahan-bahan jadi yang sedia untuk diguna pakai. Namun demikian bagi para sarjana Barat yang sekular (duniawi) mereka tidak melihat adanya suatu Zat Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta iaitu Allah sebagai Rabbul A'lamin, ya'ni Pencipta, Pentadbir, Pengatur dan pengerak alam ini.



Justeru itu mereka beranggapan, bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya. Sebenarnya mereka kehilangan satu mata rantai, yang menyebabkan mereka berargumentasi yang tidak pernah sempurna dan konkrit. Kerana   kosong dengan pengetahuan akidah atau tentang Tuhannya,  mereka merasakan tidak perlu terikat, dengan keyakinan wujudnya Allah s.w.t  Pencipta alam ini. Mereka cuba menghindarkan dari untuk  mengakui adanya Tuhan Yang Maha Esa, dan cuba mengimbangai kata-kata tersebut dengan  mengatakan adanya the super natural power. Perlu diingat, bahawa sebelum manusia lahir ke dunia ini, manusia telah membuat aku janji dengan Allah s.w.t Tuhan Yang  Maha Kuasa sebagaimana dijelaskan oleh Al Qur'an.

Firman Allah yang bermaksud :

" Bukankah  aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: Betul
 (Engkaulah Tuhan kami) kami bersaksi."
                                                                 ( Al A'raf : 172)


Pengetahuan manusia kepada Allah itu sejalan dengan sejarahnya sendiri, dan itulah pengetahuan yang pertama kali diterima oleh manusia pertama Adam a.s yang diajar oleh Allah Penciptanya dan pengetahuan itu pulalah diajar kepada anak-anaknya. Bahkan manausia telah menyatakan imannya kepada Allah s.w.t  sejak dia di alam  ruh lagi.

Sebagai mengimbangi keingkarannya dengan orang-orang yang  benar-benar beriman dengan Allah, lalu mereka mengatakan adanya " The supar natural power" sebagai  imbangan  terhadap mereka yang beriman kepada Allah.

Betapa keingkaran mereka untuk tidak mengakui Allah. Maka amat jelas kepada kita, bahawa alam ini bukanlah terjadi dengan sendiri atau terjadi secara kebetulan. Tetapi ia di cipta oleh Zat Yang Maha Hebat Maha Tinggi sains dan teknologinya, hingga dengan mudah membangun alam ini, walaupun wujudnya apa yang dikatakan sebagai manusia genius dan saintis yang ulung dan hebat, pasti tidak akan mampu mencipta dan membangun sepertu itu. Jangankan membangun alam yang sehebat ini, malah membuat satu benda yang berupa benda wujud yang kita lihat hari ini dari tiada kepada ada, " the raw material ( terhadap kejadian yang sedia ada) yang kelihatan dimana-mana saja di alam ini, pun tidak mampu membuatnya.


Sebagaimana dijelaskan Al Qur'an Allah SWT mencabar  sesiapa saja yang sanggup menentangNya. Allah berfirman dalam Al Qur'an bermaksud: 

" Kamu lihatkah sperma yang kamu keluarkan hingga dapat menjadi anak?
  Kamukah menciptakan atau kami yang menjadikannya."

                                             (QS Al Waqi'ah 58-69)

Kemudian pada ayat yang lain Allah berfirmaan yang bermaksud :

" Kamu lihat apa yang kamu tanam berupa bijian semaian? Apakah kamu yang menumbuhkan atau kamilah yang sebenarnya menumbuhkan?"

                                                     ( Q.S. Al Waqi'ah : 63-64)                                      


Firman Allah s.w.t dalam surah yang sama  yang bermaksud :

"  Adakah kamu lihat air yang kamu minum? Apakah kamu yang menurunnya dari awan ataukan kami sebenarnya yang menurunkan?

                                    (QS. Al waqi.ah : 68-69)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman :

" Kamu lihat api yang kamu nyalakan dari pergeseran kayu?
 Apakah kamu  yang menjadikan batang kayunya, ataukah kami yang menjadikan".
            
                                                   (QS. Al Waqi'ah : 71-72) 


Ayat-ayat tersebut di atas menunjukkan bahawa, Allah mencabar manusia yang angkuh, saintis-saintis yang sombong itu dan belum satu pun terjawab oleh mereka dan tidak seorang pun yang berani menentangnya. Hal ini menunjukkan menjadi bukti yang nyata bagaimana kehebatan qudrat ilmu Allah yang Maha Agong itu sebagai Pencipta alam ini. Ia sebagai argumentasi (hujjatun balighah) yang kuat ke atas kelemahan insani serta betapa lemah dan kerdilnya manusia ini yang menamakan dirinya sebagai pakar yang tidak boleh berbuat apa-apa apabila berhadapan dengan  Qudrat dan Ilmiyah Allah Yang Maha Tinggi itu. Apa bila kesombongan insan-insan ini, terpaksa menyerah diri (kalah total) dengan secara terpaksa disebabkan naluri nya (fitrah kejadiannya) yang lemah itu dan menyerah kepada Allah secara terpaksa atau sukarela itu. Contoh lain terhadap apa yang berlaku kepada pesawat terbang Malaysia MAS MH370 yang hilang dan tidak dapat dikesan sehingga saat ini, walaupun bersusun-susun teknologi canggih digunakan oleh manusia untuk mengesannya namun tidak seincipun tubuh pesawat yang hilang itu dapat dikesan, itulah kelemahan yang ketara yang wujud kepada ilmu dan teknologi  manusia, walaupun dikatakan kepakaran dari negara tertntu dengan teknologi canggihnya yang amat mengkagumkan, tetapi kelemahan kebodohan dan kebinggungannya tetap wujud.


Sudah Muslim, Tapi Belum Mukmin. 


Allah berfirman dalam Al Qur'an yang bermaksud :

" Apakah kamu mencari agama yang lain dari agama Allah, pada hal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang dilangit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan".

                                                     (QS. Ali Imran : 83)

Ayat-ayat ini mengukuhkan lagi argumentasi kekuasaan Allah itu, bahawa tidak ada suatu kuasa yang dapat mencabar kuasa Allah s.w.t  melain semuanya tunduk dan menyerah diri kepadaNya, baik dengan suka (rela) atau dengan  terpaksa.

Maka hukum Allah itu serba tetap dan teratur, pasti dan objektif. Walau bagaimanapun perlu dicatat kadangkala ianya menyimpang dari fitrahnya, contoh api itu sifatnya membakar, tetapi ia boleh padam dengan air, maka antara api dan air adalah kejadiannya yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan tunduk kepada hukum-hukum Allah, ia tidak menyimpang dari fitrah kejadiannya. Walaupun hukum Tuhan terhadap api yang sifatnya membakar, tetapi terhadap Nabi Ibrahim a.s yang dibakar oleh raja Namrud itu tidak boleh membakar, dan Nabi Ibrahim selamat dari hangus, walaupun sifat api itu membakar. Maka ia menunjukkan dengan jelas kekuasaan Allah dan kebesaranNya, tunduk kepada arahanNya, di samping itu ia juga sebagai mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. Maka haruslah diketahui, bahawa mukjizat yang ada kepada Nabi-Nabi dan Rasul-rasul itu juga sunntullah. Dalam buku Fajarul Islam oleh Ahmad Amien mengatakan; oleh kerana alam semesta dengan seluruh isi kandungannya taat, patuh dan tunduk kepada Allah, menurut tatabahasa dan secara literal Al Qur'an, maka seluruh alam ini adalah muslim, iaitu menyerah diri kepadaNya samada dengan sukarela ataupun terpaksa.

Kata "aslama" dalam ayat ini berarti menyerah diri, taat, patuh tunduk dan sujud, sehingga seluruh isi kandungan alam semesta ini disebut muslim. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud :

" Hanya kepada Allahlah sujud (patuh) segala apa yang dilangit dan di bumi, baik dengan kemahuan sendiri maupun terpaksa, (dan sujud pula)
bayang-bayangnya diwaktu pagi dan petang hari."  
                                        (QS. Ar Ra'd : 15)

Manusia sebahagian dari alam ini, dan pola dari tingkah laku daripada alam ini adalah tanda dari Penciptanya. Manusia terdiri dari dua unsur jasmaniyah dan rohaniyah. Unsur jasmaniyah sahaja, terdiri dari rangka dan tubuh badan, ia sepenuhnya taat kepada sunnatullah yang serba tetap, pasti dan objektif. Sebab semua insan ini, apakah beragama Hindu, Kristian dan sebagainya, samada secara suka atau tidak, tertakluk sepenuhnya kepada sunnatullah, kerana fitrah yang ada kepada manusia itu, tidak dapat lari dari hukum pertumbuhannya. Maka betapa seseorang manusia itu tidak mengakui adanya Tuhan, ia adalah muslim, walau hanya rangka dan tubuh badannya sahaja.

Menurut etimologi, perkataan Islam berasal dari kata salima dalam bahasa Arab  yang berarti selamat sentosa dari kata itu dibentuk kata aslama yang diartikan sebagai selamat sentosa, menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Maka bagi muslim yang menyatakan patuh dan taat secara suka rela kepada Allah s.w.t itulah muslim dan mukmin yang sebenar-benarnya dunia dan akhirat. Sementara  muslim kategori ke dua yang sifat kepatuhannya secara terpaksa bukan secara sukarela sebagaimana diungkapkan ayat di atas adalah mereka (non muslim) yang engkar (kufur) tidak beriman kepada Allah s.w.t. Kepatuhan mereka hanya dalam kontek fitrah kejadiannya semata-mata, bukan dalam kontek keimanan.


Kepatuhan alam semesta terhadap sunnatullah   termasuklah manusia, adalah untuk kesejahteraan, misalnya alam ini dan manusia jika tidak lagi diatur oleh hukum gravitasi tentu alam ini akan menjadi kacau, malahan akan hancur!....begitu juga untuk kesejahteraaan tubuh badan manusia haruslah sesuai dengan hukum-hukum kesehatan. Maka untuk ksejahteraan dan kebahagiaan manusia keseluruhannya dunia dan akhirat, ia wajib beriman dan melaksanakan hukum syari'ah itu untuk menjadikan ia seorang muslim yang menyeluruh dan sempurna.


Sejauh Mana Kemampuan Manusia.



Manusia yang menjadi penghuni dunia, telah menemui berbagai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Saintis-saintis telah mencipta sejarah, dan dapat mendekatkan manusia untuk melangkah dari benuanya kebenua lain dengan jaraknya menjadi  begitu dekat, demikian juga alat-alat komunikasi canggih untuk lebih mudah melihat rantau-rantau diseluruh dunia ini. Itulah kemajuan sains dan teknologi yang dapat dicapai dari hasil perahan minda manusia. Namun dapatkah kemajuan dan kemakmuran itu terjelema, andaikata benda-benda alam yang sifatnya the raw material barang jadi atau (khususiyah) yang tersedia ini untuk manusia mencipta dari tiada kepada ada, seperti tanah, air, api, angin dan sebagainya. Maka sudah pasti dengan kepakaran yang sedikit yang ada kepada manusia itu tidak mampu dan tidak akan mampu buat selama-lamanya. Kerana the raw material  atau (khususiyah) barang asas yang wujud adalah anugerah serta berkah qudrat ilmu Yang Maha Hebat Pencipta alam ini yang sedia terpatri dalam setiap benda yang wujud di alam yang luas ini.


Maka apakah benda-benda di ruang angkasa yang (khususiyah)  bergayutan itu, apakah itu dari hasil ciptaan manusia atau ia terjadi dengan sendiri? Demikian juga bumi dengan segala isi kandungannya dan segala macam ragam yang tumbuh melata di atasnya, bahawa apakah ia dicipta reka oleh manusia? Maka semuanya itu tidak mampu untuk manusia menjawabnya...kemampuan manusia hanyalah mengolah dari satu benda kepada benda yang lain...sehingga melahirkan sesuatu yang dapat dipergunakan.  

Oleh itu pokok pangkal setiap benda alam ini merupakan sesuatu yang khususiyah, tidak seorang manusia boleh membuatnya apa yang diciptakan oleh Allah itu, walau dipanggil pakar sekalipun tetapi tidak boleh lari dari kebodohannya, kemampuannya hanyalah mengolah dan merekacipta terhadap bahan yang sedia ada tidak lebih dari itu. Oleh sebab itu apa yang diungkapkan oleh Al Qur'an terhadap ilmu pengetahuan, banyak sekali mengajurkan untuk merenong, memikir, memperhatikan isi alam ini, untuk mendapat semacam ilmu daripadanya, maka ilmu pengetahuan itu juga dipanggil sulthan. Sila rujuk QS Ar Rahman ayat 33, yang dinamakan sulthan itu boleh dimiliki dari khususiyah (benda jadi) akan memberi kekuatan kepada siapa sahaja yang mendapatkannya. Inilah tahap kemampuan manusia, biarpun diungkapkan kepakarannya menyerlah, maka ia tetap bodoh, berbanding dengan ilmu Allah Yang Maha Luas itu. Seorang muslim itu,  dianggap sempurna dan menyeluruh, apabila ia juga seorang mukmin yang tersemat keyakinan sesungguhnya kepada Allah dan patuh kepada syari'ah terhadap segala arahan dan larangannya.



Sunnatullah Yang Maha Hebat.


Dalam Islam sifat dan khususiyah (benda jadi) dipanggil  "Sunnatullahi Filkauni"  iaitu terhadap apa yang kita saksikan tiap-tipa hari, semua benda-benda yang kita lihat tunduk patuh kepada sunnatullah dan tidak mampu melawan sunnatullah yang berupa sifat khususuiyah bagi zatnya. Sebab sekali ia melawan akan mencederakan dirinya dan juga benda-benda lainnya.
 

 Manusia juga mesti tunduk kepada sunnatullah yang ada dalam sesuatu benda yang dibuat seperti kajiselidik dibilik-bilik makamal dan ditempat-tempat lain sebagainya untuk memperoleh suatu rumusan ilmiyah, maka ia juga tidak boleh melanggar sunnatullah kepada benda-benda tersebut, betapa pun seorang yang  tajam mindanya, tidak akan mampu mencapai sebuah rumusan ilmu yang bermanfaat bagi memaju dan memakmurkan  kehidupan dunia ini, jika ia melanggar sunnatullah. Maka sebab itu usahanya terhadap  sifat  khusus kepada benda-benda itu tetap tersembunyi tanpa ada manfaat, walaupun benda-benda tersebut memang sudah dirancang oleh Allah bagi makhluknya untuk manfaat mereka dengan disiplin-disiplin tertentu dalam melakukan kajiselidik tersebut.


Para ilmuwan, muslim atau non muslim, tak perlu angkuh terhadap Pencipta alam ini, mahu atau tidak ia terpaksa tunduk kepada sunnatullah, sebab tanpa menyerah, ia tidak akan sampai kepuncak ilmu yang dimilikinya. Seluruh manusia wajib tunduk menyerah kepada sunnatullah yang ada pada dirinya dan  disekelilingnya, dibumi tempat ia perpijak dan menjalankan segala aktiviti, udara yang panas dingin yang selalu berada dilingkongan hidupnya, bahkan ia terpaksa menyerah kepada sunnatullah yang ada didalam dirinya, kerana setiap bahagian anggota tubuhnya diatur oleh sunnatullah, sistem yang beralaku itu tidak pernah terkeluar, menyimapang atau menyeleweng, kerana sekali ia melawan sunnatullah, maka tubuh badannya pasti akan cedera, dan  dirinya tidak akan mencapai sesuatu yang diinginkan diluar kemampuannya. Maka inilah yang dikaitkan dengan perkataan muslim dan mukmin.

Di samping S
unnatullah itu teranugerah sifat penyayang Allah terhadap manusia dan Allah telah melimpahkan kurnianya menjadikan manusia ini sebagai Khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Allah juga menaungerahkan apa yang dinamakan DIEN dalam bahasa hariannya dipanggil agama Islam yang terdapat dalamnya perkara besar iaitu Akidah, Syari'ah dan Akhlak, undang-undang ini diberikan untuk diguna pakai oleh manusia, dalam tatacara hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan negaranya yang telah diselaraskan kedudukan dan fungsinya dengan Sunnatullah yang ada pada alam ini dengan segala isi kandungannya.


Oleh yang demikian kenapa manusia masih mencari pegangan atau agama, undang-undang selain dari undang-undang Allah dan menjadikan hukum-hukum ciptaan manusia sebagai hukum positif yang didaulatkannya dengan angkuh. Kebencian kepada hukum-hukum Allah itu, sampai kepada suatu tahap mencemuh, memperlekeh, menghina undang-undang tersebut, samada disebabkan oleh kejahilan, kebodohan atau kesombongannya menjadikan bahan ejekan dengan kata-kata bahawa undang-undang syari'ah itu klasik, lapok tidak sesuai lagi pada zaman moden ini, maka amat dikesalkan mereka yang mencemuh itu  di antaranya tidak beberapa langkah lagi akan menuju  kelubang yang sedia menunggunya iaitu pusara tempat yang akan dilonggokkan tulang-tulangnya @ kubur.

 

 Maka  dari apa yang penulis paparkan di atas, bahawa seluruh makhluk langit dan bumi mau atau tidak mau, samada secara rela atau terpaksa, yang jelasnya telah menyerah diri kepada Allah pencipta alam ini, jika itu belum juga di sedari  dan menginsafi serta mengintrospek dalam suasana nafasnya yang makin singkat untuk perhitungan, pangkat dan material yang bertimbun menaungi kita serta jauh sekali dapat menyelamatkan kita untuk menuju keliang lahad kelonggokan tulang-tulang kita. Akhirnya Sayyid Al Ghazali dalam hal ini mengatakan Tidaklah akan ada keselamatan, kecuali apabila menusia ini, Islam atau bukan Islam  telah menyerah kepada Rabbul a'lamin, dalam keadaan ia  seorang muslim dan mukmin, tidaklah akan seimbang kehidupan dimuka bumi ini dan hari akhirat jika ia atas namanya seorang muslim  pastinya juga seorang mukmin, dalam artikata lain seorang Islam (muslim) yang beriman (mukmin) yang sesungguhnya,  dalam mengamalkan tuntutan Ilahi.    

                                                              Wallahu'alam.      

        


 AHBY
Mantan Pensyarah ACIS -UiTM Shah Alam.