Islam itu indah

Islam itu indah

Selasa, 25 Februari 2014

MENYAYANGI IBU BAPA DAN BERBUAT BAIK KEPADA KEDUANYA


Pra Wacana.



Salah satu dari tuntutan Islam ialah menyayangi dan berbuat baik kepada Ibu Bapa yang diperintah oleh Allah untuk melakukannya. Kewajiban ini ditegaskan oleh ayat Al Qur'an yang diletakkan oleh Allah SWT pada tempat kedua dalam susunan ayat tersebut dibawah ini. Firman Allah yang bermaksud :


" Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendahlah kamu berbuat baik kepada ibu bapa mu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau keduan-duaya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan mu, maka sekali-kalai janganlah kamu mengatakan kepada mereka perkataan "Ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan. Dan rendahkanlah diri mu kepada mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah; wahai Tuhan ku! kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mengasuhku di waktu kecil. "

                     (Qs  Al Isra' : 23-24)





Ayat diatas satu rangkaian dengan perintah menyembah Allah SWT, setelah menyembah Allah lalu diikuti dengan berbuat baik kepada ibu bapa. Jika direnung sebaik-baiknya, bahawa jasa ibu bapa terhadap anaknya semenjak dari rahim ibu yang telah dibelai dengan penuh kasih sayang sampai keusia remaja dan dewasa tidak dapat dinilaikan betapa banyaknya jasa orang ibu bapa, ia bermula dari masa yang belum dapat kita memahami belaian kasih sayang itu semasa dalam kandungan yang telah tercurah begitu banyak terhadap kita. Maka mengenai hal itu digariskan lagi oleh Al Qur'an. Firman Allah yang bermaksud :

" Dan kami wasiatkan(perintahkan) kepada manusia( supaya berbuat baik kepada ibu bapanya.Ibunya mengandungnya menderita kelemahan di atas kelemahan dan (baru)diceraikan dari susuan dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepada ku dan kepada ibu bapa mu."


                     (QS Lukman :14).



Ayat ini melukiskan suka duka seorang ibu semenjak mengandung sampailah anaknya lahir ke dunia. Ketika kandungan seorang ibu mencecah 3 atau 4 bulan ia telah mula marasakan penderitaan, tetapi rasa tertekan itu dapat dihilangkan perasaan yang bakal ditimangnya ialah bayi yang kecil mongel, maka tekanan tersebut hilang secepatnya. ubatnya ialah pengharapan yang diidam-idamkan selama ini akan muncul seorang bayi yang bakal menyerikan rumah tangganya.

Ada pun jasa seorang bapa berlainan bentuk dan sifatnya. Bapa hanya memikirkan usaha-usaha, iaitu berjuang dengan segala daya upayanya lahir dan batin untuk pertumbuhan kehidupan lahiriah dan ruhaniah anak.

Maka mengingat betapa besarnya jasa ibu bapa itu, pada ayat tersebut di atas Allah SWT telah membariskan sejajar dalam satu kalimah kemestian bersyukur kepada Allah SWT dengan berterima kasih kepada ibu bapa tersebut.


Sikap  Anak Terhadap Ibu Bapa.


Dalam ayat surah Al Isra' : 23-24, terdadapat dua sikap yang boleh kita perincikan, iaitu jika ibu bapa itu berada didalam keadaan usianya lanjut yang sudah pasti memerlukan layanan dan pertolongan anak-anak mereka. Usia yang sebengini dapat kita bayangkan bagaimana layanan ibu bapa kepada anak-anaknya sewaktu kecil dahulu, maka anak-anak perlu mengambil alih peranan yang serupa atau lebih baik dari itu. Di antaranya adab dan sopan santun yang dituntut oleh ayat tersebut ialah:

1. Dilarang mengeluarkan kata-kata yang bersifat menempik-nempik dengan kata "Ah atau 
    heh" terhadap ibu bapa.

2. Jangan membentak mereka.
3. Bercakaplah dengan mereka dengan kata-kata yang sopan lembah lembut atau hormat
4. Rendahkan diri berikan kasih sayang kepada keduanya
5. Mendoakan kepada Allah SWT agar sifat Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah 
    itu dicurah kepada kedua ibu dan bapa serta keselamatan, keampunan Allah SWT kepada 
    keduanya.

Maka perlu disedari akan kesilapan kita kadang-kadang terkeluar perkataan yang amat tidak enak didengar dengan suara yang meninggi kelihatannya mambentak atau merungut, mempermainkan mereka dengan kata-kata sendirin yang dikeranakan sifat lemahnya ibu bapa yang lanjut usia tersebut, menyebabkan kedua-duanya merasa tersenggog dan marah atau mereka mendiamkan saja, tapi disebaliknya amat tersinggung dan hiba hati, hal yang seperti ini boleh dinggap tidak beradab jika cara yang seperti itu terus menerus dilakukan, maka ia boleh menjuruskan kepada durhaka.

Selain itu percakapan dan tutur kata diperintahkan oleh Allah SWT apabila bercakap dengan mereka gunakan bahasa yang lemah lembut dan hormat bukan bernada kasar dan  bertingkah laku dengan tingkah laku berkhidmat, bukan sikap yang penuh kepuraan terhadap mereka, tetapi ia adalah pancaran hati nurani yang ikhlas.

Selain dari itu, mohonkan ampunan Allah SWT dan kasih sayang Ilahi terhadap keduanya sama dengan kasih sayang yang pernah dicurahkan kepada anaknya sewaktu kecil dahulu, lebih-lebih lagi terhadap kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia, maka berdoalah untuk mereka, kerana doa itu sebagai jambatan yang menghubungkan antara anak yang masih hidup dengan ibu bapanya yang sudah meninggal, iaitu anak-anak yang sholeh itu sentiasa mendoakan ibu bapanya untuk kesejahteraan keduanya di alam barzagh (alam kubur) selain dari apa yang dijelaskan oleh Hadis, iaitu wakaf atau sedekah jariah diniatkan kepada ke dua arwah, sebagai ganjaran pahala yang berterusan kepada keduanya.


Durhaka Terhadap Ibu Bapa.


Sikap yang amat tidak wajar iaitu durhaka terhadap ke dua ibu bapa, perbuatan tersebut adalah salah satu dosa yang amat besar. Durhaka adalah satu kriteria yang dungkapkan oleh seorang ulama terkenal Sayid Sabiq, durhaka itu umpama menyakiti hati ibu bapa, memaki hamun mereka, melawan, memukul dan mengusir mereka dari rumah kita, membiarkan mereka hidup sengsara serta terlantar dan lain-lain. Salah satu dari dosa-dosa besar itu seperti yang diterangkan oleh Hadis Nabi SAW yang bermaksud :

" Inginkah kamu aku terangkan tentang 3 dosa yang besar..? 3 kali ditanyakan oleh Rasulullah SAW. Itulah yang kami harapkan yang sesungguhnya,sahut para Sahabat r.a. Rasulullah kemudiannya bersabda, 3 dosa besar itu ialah menyengutui Allah, durhaka kepada ibu bapa, ucapan dan kesaksian (sumpah) palsu." 

              (HR Bukhari dari Abu Bakrah).

Perkara yang dibolehkan menentang perintah ibu bapa, apabila mereka menyuruh menyengutukan Allah atau menyuruh melakukan maksiat yang dimurkai Allah. Pernah berlaku pada zaman Nabi SAW seorang sahabat yang bernama Sa'ad bin Abi Waqqas, sewaktu dia masuk Islam ibunya yang bernama Hannah seorang yang masih musyrik (kafir) menyatakan kepada putranya dengan mengancam iaitu bliau (ibunya) akan mogok lapar iaitu tidak akan makan dan minum hingga mati, Sa'ad berjumpa dengan Rasulullah mengadukan hal itu, setelah itu ia mengatakan kepada ibunya, ia tidak akan memenuhi tuntutan ibunya. Mengenai hal tersebut terjadinya peristiwa turunnya Wahyu kepada Nabi SAW. Firman Allah yang bermaksud :


" Dan jika keduanya (ibu bapa) memaksamu untuk mempersekutukan dengan aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya tentang itu, maka janganlah kamu mematuhi (perintah) keduanya, dan pergaulilah keduanya dengan baik didunia ini."


                    (QS Luqman : 15)


Berbuat baik itu bukan semasa mereka berada didunia ini semata-mata, walaupun mereka tidak ada didunia ini lagi, tetapi kita masih boleh melakukannya iaitu dengan cara :

  • Mendoakan mereka pada bila-bila masa saja, terutama selepas mengerjakan solat fardhu atau sunnat
  • Mohonkan ampunan kepada Allah terhadap keduanya.
  • Melaksanakan wasiat atau pesan yang mereka tingglkan
  • Melaku hubungan sillatur Rahim dengan sahabat-sahabat ibu dan bapa
  • serta menghormati sahabat-shabat kedua-duanya, setelah mereka tidak ada di dunia ini lagi.


semoga Allah merahmti kita dan kedua ibu bapa kita. Jambatan penghubung antara anak dan ke dua ibu bapa yang meninggal itu adalah doa. 


Semoga Allah SWT juga meanugerahkan ganjaran kepada pencetus idea sehingga tersusunnya tulisan ini.