Islam itu indah

Islam itu indah

Ahad, 18 November 2018

TAQWA


Perkataan Taqwa selalunya kita dengar di masjid-masjid, apabila seorang khatib berpesan bertaqwalah kepada Allah s.w.t. Perkataan tersebut juga senonim dengan perkataan takutlah kepada Allah SWT. Maka untuk menghalusi sedikit perkataan Taqwa dengan pengertian takut itu, terbayang juga di minda kita semacam takut kepada binatang buas,  takut kepada harimau, singa, beruang dan lain-lain, takut seperti ini lebih banyak menggundang kebencian, padahal persolan taqwa itu hubungan manusia dengan Tuhannya, tidak boleh wujudnya unsur-unsur benci walaupun sedikit. Takut atau taqwa itu sebenarnya harus sesuai dengan sifat Allah  Yang Maha Sempurna Pemurah dan Maha Penyayang, ia mungkin boleh diartikan takut kalau-kalau terlepas dari anugrah nikmat,  kasih sayang, rahmat dan rahimNya. 


Taqwa itu lebih kepada apa yang digambarkan, sentiasa memelihara tuntutan  untuk tidak meninggalkan kewajiban atau tuntutan untuk meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan atau memelihara tuntutan yang dianjurkan seperti amalan sunnat, atau meninggalkan perkara yang dimakruhkan. Maka yang paling utama sentiasa memelihara dirinya untuk tidak terjerumus kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.


Allah berfirman dalam Al Qur'an yang bermaksud :

" Wahai orang yang beriman taqwalah kepada Allah dengan benar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim."

                (Q.S Ali Imran : 102)


Ayat di atas,  didahului dengan perkataan taqwa. Asy-Syaahid Sayed Qutub dalam merumuskan kata taqwa, ia mengandungi maknanya yang amat luas iaitu menundukkan diri kepada Allah s.w.t, mentaatiNya, mengikut cara hidup yang ditentukanNya bertahkim dengan kitabNya.

 
Dalam ayat yang lain Allah ada menyatakan, firmannya yang bermaksud :


" Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal."

                  (Q.S. Al Anfal :2)


Orang yang benar-benar  beriman apabila disebut Allah akan gementarlah hatinya iaitu sangat takut kepada Allah, amat tinggi ketaqwaannya, amat cinta kepada Allah dan mengagong-agongkanNya. 

Satu ketika berlaku kepada Rasulullah s.a.w, ketika baginda berihat dihalaman rumahnya, tiba-tiba seorang pahlawan kafir Quraisy yang kejam dan bengis yang bernama Da'sur  menyelinak masuk untuk membunuh Rasulullah SAW, beliau dengan angkuhnyanya berkata, wahai...! Muhammad setelah sekian lama aku mencari peluang yang terbaik melenyapkan kamu dari muka bumi ini, tetapi nyatanya baru sekarang aku mendapat peluang, lalu ia berkata...kira-kira siapa yang akan menyelamatkan engkau dari pedang ku ini, jika aku potong leher kamu sekarang juga, lantas dengan tenang Nabi s.a.w menjawabnya, Allah, maka dengan satu kalimah yang mengandungi empat huruf tersebut yang sangat senang diucapkan  menyebabkan pahlawan yang terkenal dengan kekejamannya itu menjadi gementar dan gugup, semenatara pedangnya yang sedang terhunus terlepas dari tangannya, kemudian disambar oleh Nabi s.a.w secepat kilat, Nabi SAW  berkata...jika aku pula yang menebas leher kamu kira-kira siapa pula yang menyelamatkan kamu...pahlawan itu menjawab dalam keadaan gugup dan kebingungan sangat terkejut, kerana pedangnya terlepas ketangan Nabi SAW...beliau menjawab dalam keadaan serba salah dan mengeletar... wahai!... Muhammad tidak ada siapa  lagi yang dapat menyelamatkan diriku kecuali jika engkau sudi memaafkan aku dari keangkuhan aku ini.


Rasulullah s.a.w seorang  Rasul dan Nabi yang mempunyai akhlak mulia dan terpuji, beginda seorang Nabi dan Rasul yang amat pemaaf, pada hal sudah waktunya untuk menghapuskan musuh ketatnya dari terus memusuhinya, lantas baginda dengan penuh ketelusan memaafkannya. Maka untuk  mengambil iktibar dari peristiwa ringkas dapat kita ambil kesimpulan, perkataan " ALLAH " apabila diucapkan oleh seseorang yang sangat tinggi ketaqwaannya kepada Allah menyebabkan gementar hati musuh dan seluruh badannya, kerana perkatan yang serengkas itu sebenarnya perkataan yang tersangat hebat dan  Agong apabila diucapkan oleh seseorang yang sangat tinggi ketaqwaannya kepada Allah s.w.t.

Selain dari itu kita boleh mengambil iktibar, sifat Nabi SAW yang Agung itu, walau pun dalam keadaan terancam yang amat serius, bukan main-main pertaruhannya adalah nyawa, tapi Nabi SAW  masih mahu memaafkannya...sebagai seorang Rasul yang amat terpuji dan mulia di sisi Allah, menunjukkan teladan yang baik (Uswatun Hasanah). Begitulah hendaknya sifat sebagai seorang muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT. Maka seseorang yang benar-benar tebal iman dan ketaqwaannya hanya menyebut nama Allah sudah cukup menjadi senjata untuk menggerunkan musuhnya.

Seterusnya ayat-ayat di atas  menunjukkan bahawa yang dimaksudkan  apabila dibaca tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Maka kebesaran dan kekuasaan Allah SWT  yang diketahui melalui petunjukNya dalam Al Qur'an, menggambarkan segala ciptaanNya yang terdapat di alam ini, dilihat maupun yang tidak dapat dilihat dengan melalui  petunjukNya iaitu ilmu yang diajarkan kepada Nabi Adam A.S. Namun tidak seluruhnya kita mengetahui dan dapat memahami kekuasaan dan kebesaran Allah tersebut yang amat banyak, hanya Allah Maha Mengetahui segala-galanya. 


Tanda-tanda kehebatan ciptaan Allah s.w.t itu dapat dibahagi kepada dua :

1.Ciptaan Allah yang berbentuk kauniyyah...iaitu ciptaanNya yang   memungkinkan untuk  dapat dikaji secara saintifik, seperti tanah dan segala isi kandungannya, laut dan segala isi kandungannya, gunung ganang, bukit bukau, ruang angkasa dan lain sebagainya.


2. Ciptaan Allah yang berbentuk Rabbaniyyah...iaitu ilmu pengetahuan Allah yang dirahasiakannya dan tidak didedahkan kepada manusia, tidak dapat dikaji secara saintifik.Contohnya hal  yang berkaitan dengan roh, kejadian Nabi Adam a.s, Nabi Isa a.s, tidak mungkin dikaji secara saintifik atau melalui ilmu apa yang panggil ilmu  antropologi, kerana ia merupakan rahasia Allah dan tidak seorangpun para saintis dapat menemukan jawapannya hingga ke hari ini.           

Oleh itu hanya iman dan taqwa sahaja dapat memperakui hal tersebut dan meberikan jawabannya, bahawa manusia ini terlalu kerdil lemah dan dangkal jika tidak diberikan pengetahuan oleh Allah SWT kepadanya, mungkin manusia akan menjadi angkuh jika keimanan dan ketaqwaan tidak menjadi pembalut  ilmunya.


 Tahap Keimanan Seseorang.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Tahap Iman Yang Ada Pada Seseorang Mukmin. Al Imam Al Ghazali   mengkelasifikasikan iman sesorang itu kepada 3 tahap iaitu  :


1.   Iman itu  akan terus bertambah dan tidak pernah kurang atau menurun.
2.   Iman itu kadang kala bertambah dan kadang kala menurun.
3.   Iman itu tidak bertambah dan tidak juga berkurangan ( statik).

Kedudukan iman yang pertama  itu iaitu iman seorang mukmin yang sangat istimewa, iman dan taqwanya sangat mantap, tidak mungkin berkurangan dikhususkan kepada para Nabi dan para Rasul. Para Nabi dan para  Rasul tidak pernah berputus asa, tidak pernah meminta kepada Allah untuk  dibersarakan dari jawatan Rasul   dalam menyampaikan misi dan visi kerasulannya hingga ke akhir hayat. Nabi s.a.w tidak pernah kita dengar baginda mengeluh dan mengadu hal kepada Allah SWT akan betapa sulit  dan sukarnya perjuangan ini, lalu meminta supaya Allah merehatkan dari meneruskan perjuangannya.


Malahan makin berat perjuangan makin kuat cabarannya, tetapi baginda tidak pernah mengeluh dan akan terus berjuang sehinggalah di anugerahkan kemenangan dalam setiap perjuangannya, sebagaimana berlaku pada perang Uhud dan para syuhada' berguguran syahid, tetapi Nabi SAW  tetap berjiwa besar dan cekal demi memartabatkan agama Allah ini ketempat lebih tinggi  sehinggalah Allah meanugerahkan kepada baginda kemenangan dan menerima berduyun-duyun manusia masuk ke agama Allah itu dan dapat mengecapi hasil perjuanagannya.

Sementara itu keimanan pada tahap dua ini biasanya terdapat kepada seorang mukmin yang pasang surut dalam menunaikan tanggungjawab ibadahnya kepada Allah s.w.t kurang istiqamah atau konsisten, maka sebab itulah ada kala imannya turun  dan ada kalanya naik.

Manakala golongan ketiga ialah iman para malaikat, malaikat bersifat ma'sum  dan tidak pernah bersalah sentiasa patuh terhadap Allah pada setip masa dan tidak pernah mengingkari perintah Allah s.w.t dan tidak pernah melakukan ma'siat kepada Allah.

Malaikat adalah hamba-hamba Allah yang mulia, tidak pernah durhaka kepada Allah,  mereka tidak makan dan minum. Al Qur'an ada menjelaskan, firman Allah yang bermaksud :


" Malaikat adalah hamba-hamba Allah yang terhormat, tiadalah mereka mendahului satu perkataan pun dan mereka itu mengerjakan perintanhNya."
                                                              (QS. Al Anbiya' : 26-27)

Dalam ayat yang lain firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"  Bahawa para Malaikat itu tidak pernah derhaka terhadap apa yang diperintahkan Allah serta mereka mengerjakan dengan ta'at segala apa yang diperintah Allah kepadanya."
                                                                                            (QS.At Tahrim : 6)


Taqwa Dalam Kehidupan Seseorang.

Seseorang mukmin dalam usaha dan kerjayanya, apabila ia melakukan perkerjaan, ia akan mengukuhkah pekerjaan dan usahanya, pekerjaan dan usahanya merupakan jihad dalam hidupnya, berbekal kepada beberapa elemen untuk mencapai sesuatu matlamat, iaitu harus memiliki kekuatan, di antaranya; seorang mukmin yang bertaqwa itu, baginya harta atau kekayaan yang diusahakan, bukanlah matlamat akhir dalam hidup ini, tetapi untuk memenuhi tuntutan dan keseimbangan, di antara tuntutan material (duniawi) dan spiritual (ukhrawi) dengan  tidak mengabaikan prinsip-prinsip dalam Islam, iaitu soal keadilan, kebebasan dalam batas-batas tertentu, persamaan mingikut undang-undang syari'ah. Setiap apa yang dilakukan sebagai suatu ibadah dan amal soleh, kejayaan yang diperolehi selalu sahaja diukur dari sudut kepatuhan dan kehandak agama. Selain dari itu ketinggian akhlaq menjadi kriteria dalam melakukan sesuatu kerjaya. Matlamat nilainya ialah keredaan Allah untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Seorang mukmin yang bertaqwa dalam usahanya harus selalu bertawakal kepada Allah, sebagaimana diungkapkan oleh ayat di bawah ini, iaitu maksudnya :

"  Dan kepada Tuhan mereka bertawakal"
    
                     (QS Al Anfal : 2)  

Tawakal dalam Islam merupakan perkara besar, kerana usaha dan kerja yang kita lakukan, tidak selalu mendatangkan hasilnya 100%, kadang kala dalam sekelip mata ia boleh musnah.  Maka apa yang selalu kita harapkan kejayaan dan hasil sepenuhnya yang diperolehi, tapi kadang-kadang lain pula kita perolehi, hal ini memberikan pengajaran kepada kita dan belajar menerima anugrah oleh Allah SWT itu, sebagai suatu ujian kepada kita, walaupun kemewahan yang tak disangka-sangkakan.

Nabi Sulaiman A.S yang terkenal dengan kemegahan dan kekayaannya, tetapi beginda amat bertaqwa dan syukur kepada Allah. Beginda dianugerahkan kekayaan dan kesenagan  yang luar biasa dan berlimpah ruah yang belum dirasa oleh manusia sebelumnya. Kedudukan dan kebesaran baginda boleh menundukkan makhluk-makhluk lain selain dari manusia dan jin, seperti menundukan segala jenis binatang di atas muka bumi ini. Bagi banginda kemewahan dan kebesaran itu suatu ujian dari Allah untuk mengukur tebal nipinsnya keimanan dan ketaqwaan seseorang.

Nabi Sulaiman AS. sedar keadaan kehebatannya, ia bukanlah milik mutlaqnya, sehingga menjadikan Ia lupa diri, maka untuk penyelesaiannya kesyukuran itu paling utama. Kemegahan itu tidak akan kekal ia hanya seketika selama jantung masih berdegup dan nafas masih keluar masuk, maka di era itulah kekayaan dan kemewahan dapat dimiliki. Nabi Sulaiman AS. mengatakan, bedasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Itulah sebahagian dari kurniaan Tuhan Ku untuk mengujiKu apakah aku bersyukur atau kufur(akan nikmat kurniaanNya)"
                                                     
                                                      (QS. An Naml :  40)

Oleh yang demikian tujuan utama bertawakal itu   adalah untuk   mensyukuri    akan segala anugerah Allah itu, setiap usaha dan kerja yang dilakukan harus selalu disertai ikhtiar untuk mempastikan pilihan kita tepat, panjatkan doa kepada Allah serta bertawakallah. Gunanya bertawakal, apabila berjaya, ia tidak akan lupa daratan, dan jika gagal, maka ia tidak akan berputus asa.

 Solat  mendidik Ketaqwaan Yang tinggi.

Solat merupakan ciri utama yang dapat kita lihat kepada seorang maukmin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada sesuatu yang membolehkan untuk meninggalkan solat, ia melambangkan keperibadian yang menunjukkan kepatuhannya kepada Tuhan dan ketinggian dalam hubungannya dengan penciptanya dalam apa saja keadaan, sama ada ia berada dalam kesusahan atau kesenangan. Kehidupan mereka jelas kelihatan, jika dia seorang yang mempunyai kemewahan, ia tidak mencintai kemewahan, tetapi menjadi manusia yang berhati mulia dan pemurah, sentiasa ingat kepada pesanTuhannya.

Solat itu merupakan kaedah utama yang di ajar oleh Allah SWT dalam  rangka mengigatiNya, ia bukan semata-mata mengingat Allah melalui otaknya, tetapi seluruh anggotanya ingat kepada Allah, mungkin untuk ingat sesama manusia itu memadai dengan mealalui ingatan di mindanya sahaja, tetapi ingatan kepada Allah itu berbeza, kerana seluruh anggota yang kita miliki  adalah kepunyaan penciptanya Allah SWT, sebab itu seluruh anggota wajib turun sujud kepadaNya lima waktu dalam masa 24 jam, selagi masih   berpijak di bumi nyata  sebelum disimpan ke bumi yang gelap gulita (kubur). Al Qur'an menjelaskan hal ini, firman Allah yang bermaksud :

" Kerana itu ingatlah kamu kepadaku, nescaya aku ingat kepadamu dan bersyukurlah pula kepada Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat ku."

                                                            (QS Al Baqarah : 152) 


Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman maksudnya:

" Dan dirikan solat untuk  mengingati Ku."

               (Q)S. Thaha : 14

Seorang mukmin yang bertaqwa, melihat kepada ibadah solat itu sebagai suatu keseimbangan dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t, dan hubungan sesama manusia, kerana dikalangan kita mempunyai kedudukan  yang berbeza, tetapi disisi Allah itu sama saja, sebab jika orang miskin itu hamba Allah, maka orang kaya pun hamba Allah, begitu juga yang berpangkat rendah hamba Allah dan yang berpengkat tinggi itu pun hamba Allah, maksudnya tidak ada perbezaannya dari segi kehambaan. Tapi pada sisi Allah orang yang paling mulia itu ialah mereka yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Dalam Al Qur'an ada dinyatakan firman Allah yang bermaksud :


" Sesungguhnya semulia-mulia kamu pada sisi Allah ialah orang yang paling taqwa."

                                       (QS. Al Hujurat : 13)


Oleh itu, sebagai seorang mukmin yang bertaqwa kepada  Allah, solat itu salah  satu cara untuk selalu berhubungan dengan Allah serta mengadu segala masalah yang tidak dapat diselesai atau dicernakan oleh manusia yang lemah ini, maka hanya Allah dapat menyelesai dan merungkaikan masalah yang dihadapi oleh manusia. Oleh itu mukmin yang bertaqwa sangat menjaga hubungan dengan Allah melalui solat yang dilaksanakannya supaya  tidak putus hubungan dengan Allah, hingga ke akhir hayat nanti dan ia berkesinabungan dengan  hari akhirat.

Solat merupakan latihan kepada minda seseorang mukmin yang taqwa, dan tidak akan tunduk  memperhambakan dirinya selain dari Allah s.w.t. Seorang mukmin yang taqwa melatih dirinya melalui ibadah solat untuk selalu tunduk sujud kepada penciptanya, kerana pada diri manusia itu yang paling sukar untuk ditundukkan itu adalah kepalanya, sebab itulah apabila seseorang itu sukar untuk ditundukkan dan sukar untuk dinasihati, maka ia di panggil manusia keras kepala, kepala batu, kerana kepala juga membuat orang lain sengsara kerananya.

Maka  dengan solat merupakan, satu-satunya cara untuk melatih anggota yang diletakkan oleh Allah paling atas, supaya turun ke bawah bersama dengan anggota lain sebanyak 34 kali dalam masa 24 jam, tujuannya untuk menghilangkan sifat sombong yang ada kepada kepala yang di atas. Sifat sombong itu Tuhan tidak suka. Iblis diusir dari surga Allah  adalah kerana sombong. Oleh itu solat itu untuk menjadikan seorang mukmin mempunyai sifat-sifat rendah hati terpuji, mulia dan taqwa serta di tempatkan dalam golongan orang  yang solihin.



Seorang Yang Bertaqwa Dengan Rezekinya. 



Seorang mukmin yang bertaqwa ia mengerjakan solatnya, juga tidak lupa membelanjakan sebahagian dari rezeki yang dianugerah Allah s.w.t kepadanya, ia akan membelanjakan atau menafkahkan sebahagian hartanya ke jalan yang diridhai oleh Allah. Al Qur'an ada menerangkan firman Allah yang bermaksud :

" Iaitu orang-orang mendirikan solat dan menefqahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan."
                                                              
                                                             (QS Al Anfaal : 3)

kadang kala harta yang berlebihan itu, belum tentu kepunyaan seorang buat selamanya, dan boleh jadi  harta itu dirompak ditipu dicuri dan  disebabkan bencana alam, sakit yang berpanjagan, meninggal dunia atau dibelanjakan untuk berpoya-poya, minuman keras, judi dan lain sebagainya.

Selain dari itu, harta yang kita punyai kadang kala menjadi debu, mejadi air, menjadi bahan buangan dan lain-lain. Wang yang kita punyai dan perolehi pada siang hari, mungkin malam harinya dimiliki oleh pemandu teksi, tokeh minyak, tokeh rokok, tokeh aiskrim, tokeh roti, tamu-tamu yang mengziarihi kita dan lain sebagainya, maka itulah namanya wang, bukan semuanya milik mutlak kita, ia hanyalah alat untuk mencapai keperluan hidup semata-mata, bukan sebagai matlamat.Tetapi untuk matlamat jangka panjang supaya harta itu menjadi milik kita secara mutlak, maka harta yang berlebihan itu di zakatkan itulah kewajiban bagi memisahkan hak orang lain terhadap harta tersebut harta yang dipunyainya jika ada berkelebihan tunaikan pula tanggungjawab sosial, iaitu sedekah sekedar termamapu ke jalan Allah, misalnya untuk membantu dan menyantuni anak yatim, ibu tunggal, sekolah-sekolah, surau-suaru dan  wang kecemasan untuk saudara kita yang terdekat atau mereka yang tidak mampu, ingatkan wang kita dan ingatkan pula mereka yang amat memerlukan huluran ikhlas kita. 

Oleh itu seorang yang beriman dan bertaqwa dapat memahami bahawa harta yang menjadi milik kita  yang sebenar, ialah harta yang dibelanjakan ke jalan Allah, bagi memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah SWT dan ummah, maka harta itulah kepunyaan kita sebenarnya yang akan kita terima diakhirat nanti. Sebagai seorang mukmin yang dinyatakan dalam ayat Al Qur'an di atas, tidak mudah untuk dipanggil mukmin jika tidak melepasi dan mendepani ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan di atas, setidak-tidaknya untuk terus berusaha ke arah itu untuk sampai ke tahap sebagaimana  yang  diperakui oleh Allah dalam ayat tersebut diatas.  A  M  I  N.